5 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (8-12 Ogos 2022)

708

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Inflasi China (Rabu 9.30 Pagi): Data tahunan indeks harga pengguna China untuk bacaan bulan Julai akan diberi perhatian untuk penilaian sebagai ekonomi kedua terbesar dunia. Inflasi China juga diramalkan meningkat seiring situasi yang sama terhadap ekonomi-ekonomi utama yang lain.

Data Inflasi AS (Rabu 8.30 Malam): Pelabur menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat yang terbaru dengan jangkaan angka yang menurun semula. Jika sebaliknya yang berlaku, kebimbangan terhadap risiko kemelesetan ekonomi akan terus menyelubungi pasaran.

Data Indeks Harga Pengeluar AS (Khamis 8.30 Malam): Turut memberi petunjuk terhadap kadar inflasi di AS, indeks harga pengeluar juga akan turut diberi tumpuan pelabur. Seperti bacaan indeks harga pengguna, data ini juga diunjurkan menurun untuk bulan Julai.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Jumaat 2.00 Petang): Bacaan data bagi pertumbuhan ekonomi UK diramalkan memberi isyarat penguncupan untuk bulan Julai dan juga untuk suku kedua. Data-data sektor ekonomi lain yang diterbitkan bersama juga dijangkakan catat bacaan yang merosot.

Data Tinjauan Sentimen Pengguna AS (Jumaat 10.00 Malam): Tinjauan oleh University of Michigan ini akan memberi gambaran terhadap kestabilan kewangan pengguna di Amerika Syarikat. Bacaan terbaru diramalkan kekal di paras yang stabil dan sedikit meningkat berbanding angka sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat