5 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (9-13 Mei 2022)

639

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Sentimen Ekonomi Jerman Tinjauan ZEW (Selasa 5.00 Petang): Penguncupan ekonomi Jerman sebagai ekonomi terbesar di Eropah berdasarkan data tinjauan ZEW di bawah paras sifar terus membimbangkan pelabur. Penganalisis percaya impak daripada langkah sekatan ke atas Rusia telah mencetuskan pergolakan termasuk terhadap ekonomi Eropah.

Data Inflasi AS (Rabu 8.30 Malam): Selepas laporan NFP minggu lalu, tumpuan akan terarah pula kepada terbitan data indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) untuk bulan April. Bacaan terbaru dijangka akan susut lebih rendah berbanding sebelumnya.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Khamis 2.00 Petang): Pertumbuhahan ekonomi di UK untuk bacaan suku tahun pertama diramalkan lebih suram. Faktor ini turut menjadi kebimbangan bank pusat pada mesyuarat polisi minggu lalu yang sedikit mengganggu langkah pengetatan dasar oleh Bank of England (BOE) sehingga turut menjejaskan mata wang Pound dalam pasaran kewangan.

Indeks Harga Pengeluar AS (Khamis 8.30 Malam): Turut menjadi komponen yang mempengaruhi inflasi AS, indeks harga pengeluar AS pada bulan April dijangka diterbitkan pada bacaan angka yang lebih rendah berbanding peningkatan pada bulan sebelumnya.

Sentimen Pengguna AS Tinjauan UoM (Jumaat 10.00 Malam): Data tinjauan oleh Universiti Michigan akan memberi gambaran terhadap tahap keyakinan kewangan yang mendorong kepada petunjuk perbelanjaan pengguna di AS. Tiada banyak perubahan dijangkakan untuk bacaan data terbaru, namun berkemungkinan sedikit menurun berbanding angka sebelumnya yang telah dikemaskini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat