5 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (8-12 April 2019)

768

Berikut adalah sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pertumbuhan GDP di UK (Rabu 4.30 Petang): Selain dilanda isu Brexit, ekonomi di UK pada permulaan tahun ini mencatatkan kadar pertumbuhan yang pesat di paras 0.5%. Jangkaan pertumbuhan untuk bacaan Februari berkemungkinan mencatat pertumbuhan pada kadar 0.2%. Turut dikeluarkan bersama adalah data pengeluaran kilang yang turut dijangka menurun.

Penetapan kadar faedah di Eropah (Rabu 7.45 Malam): Jangkaan pasaran terhadap mesyuarat polisi kali ni adalah kadar faedah bakal dikekalkan oleh bank pusat di paras sifar seperti sebelum ini. Bank pusat Eropah telah menyatakan kenyataan yang dovish sebelum ini dan juga mengumumkan pelancaran pinjaman jangka masa panjang serta menurunkan unjuran. Ulasan susulan oleh Presiden Mario Draghi akan menjadi fokus pasaran.

Data Inflasi di Amerika Syarikat (Rabu 8.30 Malam): Data indeks harga pengguna dilihat menunjukkan penurunan beberada bulan sebelum ini terkesan pada harga tenaga yang rendah namun dijangka akan kembali meningkat. Angka bacaan inflasi untuk kali ini dijangka sedikit meningkat kepada 0.3% berbanding 0.2% sebelum ini. Kadar inflasi teras juga dijangka meningkat 0.2% berbanding 0.1% sebelum ini.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2:00 Pagi): Federal Reserve dengan kenyataan dovish pada mesyuarat Mac memberi isyarat tiada kenaikan kadar untuk tahun 2019 dan mengumumkan bakal menamatkan program pengurangan pada penyata imbangan pada September. Komen terhadap inflasi dan pertumbuhan ekonomi bakal dipantau.

Sentimen Keyakinan Pengguna di Amerika Syarikat (Jumaat 10:00 Malam): Data keyakinan pengguna tinjauan Universiti of Michigan dilihat stabil pada catatan 98.4 mata pada bulan Mac selepas penurunan pada bacaan awal tahun ini. Ukuran ini adalah dianggap sebagai petunjuk utama terhadap sentimen pengguna. Jangkaan tinjauan kali ini berkemungkinan mencatatkan bacaan sekitar 98.1 mata.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat