5 Buah Buku Yang Dapat Menjana Pertumbuhan Perniagaan Anda

1,331

5 buah buku ini dicadangkan oleh seorang otai yang bergiat dalam perniagaan startup. Alexander D. Riddle merupakan pemilik banyak syarikat startup antaranya Monarch Wave.

Sepanjang pengalaman beliau dalam bidang perniagaan terdapat beberapa buah buku yang benar-benar memotivasi dan membantu beliau. Buku-buku ini disenarai pendekkan daripada sekian banyak pembacaan.

1. Jab, Jab, Jab, Right Hook (Pemasaran)

Buku ini ditulis oleh Gary Vee, merupakan salah seorang otai dalam dunia digital. Buku ini tentang bagaimana kita memberi nilai tambah kepada pelanggan kita. Pembacaan ini sangat penting kepada mereka yang ingin memasarkan perniagaan.

2. Predictable Revenue (Jualan)

 

Buku ini ditulis oleh Aaron Ross. Ross menumpahkan teknik-teknik yang dipelajari beliau semasa membangunkan Salesforce.com. Ross berbicara bagaimana kita dapat meningkatkan jualan dengan cara yang unik.

3. Setting The Table (Khidmat Pelanggan)

 

Faktor utama yang dapat membunuh perniagaan dengan cara paling cepat ialah khidmat pelanggan yang teruk. Setting The Table adalah buku yang membahaskan tentang bagaimana menghasilkan pelanggan yang setia.

4. Trust Me, I’m Lying: Confessions of a Media Manipulator (Perhubungan Awam)

Ryan Holiday merupakan pencerita yang sangat bagus dan beliau telah menjelaskan bagaimana penularan berita itu dapat dicipta dari kosong. Buku ini sesuai untuk startup yang ingin meraih capaian massa.

5. Simple Numbers, Straight Talk, Big Profits! (Kewangan)

 

Di luar sana banyak buku yang menghuraikan kewangan peribadi tetapi tidak banyak buku yang menjelaskan pengurusan kewangan syarikat. Pengurusan syarikat adalah penting untuk menentukan bisnes anda berjaya atau gagal. Buku ini telah menjelaskan dalam bentuk paling mudah agar pembaca kekal tumpu pada yang penting sahaja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat