5 Buku Pelaburan Terbaik Untuk Bacaan Pelabur Yang Baru

2,919

Pada era globalisasi ini, pelaburan dianggap sebagai salah satu aspek penting khususnya buat golongan muda yang ingin mengembangkan aset mereka. Hal ini kerana ianya dapat menjana keuntungan yang berganda serta menambah pendapatan mereka.

Apa yang dititikberatkan sebelum memulakan pelaburan ialah ilmu. Membaca ialah jambatan ilmu. Oleh itu, para pelabur baru perlu membuat banyak pembacaan agar dapat menambah pengetahuan dalam bidang tersebut.

Persoalannya, apakah bahan bacaan yang sesuai untuk pelabur baru?

1. Rich Dad Poor Dad (1997) oleh Robert Kiyosaki

Buku klasik ini mesti dibaca oleh pelabur baru. Kiyosaki menyatakan pendapatnya bahawa golongan miskin dan pertengahan bekerja untuk mendapatkan wang manakala golongan kaya bekerja untuk belajar.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan celik kewangan dan kebebasan kewangan sebagai matlamat utama untuk mengelakkan krisis korporat Amerika Syarikat.

Penulis berkenaan juga menyatakan bahawa perakaunan adalah penting untuk dipelajari dan ianya juga boleh mengelirukan. Sebagai contoh, bank melabelkan rumah sebagai aset manakala pembayaran yang dibuat untuk mendapatkannya boleh menjadi liabiliti dari segi aliran tunai.

Hakikatnya, aset sebenar akan menambahkan aliran tunai ke dalam dompet anda.

Seterusnya, Kiyosaki menyokong pelaburan yang menghasilkan aliran tunai berkala untuk pelabur dan meningkatkan nilai ekuiti.

2. The Essays of Warren Buffett : Lessons for Corporate America (1997) oleh Warren Buffett

Melalui penulisannya, Warren Buffett dikenali sebagai pelabur paling berjaya dalam sejarah moden. Beliau mengutarakan pendapatnya tentang pelbagai topik berkaitan dengan korporat Amerika Syarikat dan pemegang saham.

Buffet turut mengemukakan perbincangan tentang urus tadbir korporat, pelaburan, alternatif kepada saham, penggabungan dan pengambilalihan, perakaunan dan penilaian serta perkara-perkara berkaitan cukai.

Selain itu, beliau menyarankan supaya membeli saham yang diniagakan pada harga diskaun dan tidak menggalakkan pelabur untuk mengikuti tren pelaburan.

3. Beating the Street (1993) oleh Peter Lynch

Peter Lynch merupakan seorang pelabur saham yang berjaya dan pengurus hedge fund terkemuka beberapa abad yang lalu.

Buku yang ditulis dapat memberikan gambaran kepada pembaca tentang gaya pemikirannya dalam menentukan sama ada untuk membeli atau menjual saham. Seterusnya, Lynch percaya bahawa pelabur individu boleh memanfaatkan peluang pasaran yang lebih baik daripada Wall Street serta menggalakkan pelabur untuk melabur dalam bidang yang dikuasai.

4. The Intelligent Investor (1949) oleh Benjamin Graham

Buku ini ditulis pada tahun 1949 dan diiktiraf sebagai buku pelaburan terbaik oleh Warren Buffett.

Selain itu, Benjamin Graham dikenali sebagai ‘bapa pelaburan.’ Buku tersebut menekankan tentang pembelian saham yang rendah harganya serta ditentukan melalui analisis fundamental.

Graham telah mengkaji sejarah pasaran saham dan menyarankan agar pembaca menjalankan analisis fundamental terhadap saham.

Seterusnya, beliau mengemukakan pelbagai cara untuk menguruskan portfolio anda melalui pendekatan ‘positive’ dan ‘defensive’. Beliau akan membandingkan saham beberapa syarikat untuk menilai kedudukannya.

5. Think and Grow Rich (1937) oleh Napolean Hill

Buku ini ditulis semasa Great Depression dan telah dijual lebih daripada 100 juta cetakan di seluruh dunia.

Hill telah menjalankan satu kajian yang menyeluruh melalui persatuannya dengan golongan kaya. Atas saranan Andrew Carnegie, beliau telah menerbitkan 13 prinsip untuk mencapai kejayaan dan pencapaian peribadi daripada pemerhatian dan penyelidikannya.

Kesimpulannya, para pelabur perlu membina kemahiran melalui gaya pemikiran, membuat kajian dan praktikal. Oleh yang demikian, anda mestilah menerapkan amalan membaca dalam kehidupan seharian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat