5 Faktor Harus Diperhatikan Dalam Melihat Impak Itali Dan Sepanyol

735

Minggu lepas adalah minggu yang kurang baik bagi pasaran Eropah. Pada hari Jumaat, matawang euro berada pada paras 6 bulan terendah dan pasaran menjual beberap ekuiti mereka. Ramalan ke atas pertumbuhan juga diturunkan.

Alasanya ialah politik. Benturan antara kerajaan Itali yang baru dan Kesatuan Eropah. Selain itu terdapat pemberontakan di Sepanyol di mana ia mungkin mengakibatkan pilihan raya.

Politik biasanya bersifat domestik namun ia mampu memberi kesan dan impak luaran. Hamish McRae menerokai persoalan adakah apa yang berlaku ini hanya hal yang biasa atau sebaliknya? Menurut beliau, ada 5 perkara yang boleh dilihat sebagai ukuran adakah Sepanyol dan Italy dapat memberi impak pada Kesatuan Eropah.

1. Jurang antara hutang kerajaan Itali dan bon Jerman.

Hasil hutang Itali yang melebihi bon Jerman dilihat lebih berisiko. Pada akhir bulan April jurangnya hanya sekitar 1.2 peratus, pada minggu lepas ia telah meningkat melebihi 2 peratus. Ia sedikit memberi ketakutan pada pasaran namun masih terkawal.

2. Dukungan Euro di Itali dan Sepanyol.

Bacaan kerajaan baru Itali telah mendukung untuk kekal dalam kesatuan Eropah atas paras 50 peratus. Sukar untuk melihat Itali keluar daripada Eropah secara langsung.

3. Sejauh mana Itali menjalankan pelan pencukaian dan perbelanjaan mereka.

4. Pertumbuhan ekonomi Sepanyol.

Sepanyol telah menunjukkan hal yang positif dimana pertumbuhan ekonomi merekod lebih 3 peratus pada tahun lepas. Tiada siapa yang dapat menjangkakan apa akan terjadi dalam politik Sepanyol, apakah ia akan memberi kesan pada pertumbuhan atau tidak.

5. Kadar pengangguran.

Jika kadar pengangguran di Sepanyol mula meningkat lebih tinggi, ia boleh mendatangkan masalah politik selain masalah-masalah lain.

Menurut penganalisis krisis zon Eropah masih jauh lagi untuk terjadi setakat ini. Tumpuan kini pada Itali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat