5 Fasa Perlu Anda Lalui Untuk Capai Kebebasan Kewangan

894

Impian bebas dari komitmen kewangan merupakan impian ramai orang di mana kita tidak perlu memikirkan masalah yang timbul jika berhenti kerja atau pencen tanpa memikirkan hutang.

Artikel ini mendedahkan tahap fasa yang berbeza-beza sebelum mencapai fasa bebas dari komitmen kewangan.

FASA 1 – Komitmen kewangan sifar

Fasa ini merupakan fasa awal di mana anda sedang berdepan kesukaran untuk mendapatkan pendapatan namun masih mempunyai keperluan asas yang diperlukan seperti tempat tinggal dan makanan.

Fasa ini juga merupakan fasa pertama untuk anda merancang penggunaan kewangan anda dan anda akan meninggalkan fasa ini sebaik sahaja anda mula menemui pekerjaan yang lebih stabil.

FASA 2 – Penyelesaian kewangan

Anda sudah bekerja dan dengan gaji yang anda peroleh mencukupi untuk membayar perbelanjaan rumah bulanan serta membayar sebarang komitmen yang anda tanggung.

Namun, anda masih berdepan kesukaran untuk menabung dalam jumlah yang banyak. Namun dengan gaji yang ada, anda mampu membayar hutang tepat pada masanya sambil menabung dengan jumlah yang kecil.

FASA 3 – Sumber kewangan stabil

Sebelum ini anda masih terumbang-ambing untuk mengawal aliran keluar masuk penggunaan wang anda dengan kejadian yang tidak diduga atau kecemasan – sakit, dipecat atau kereta rosak.

Maka, di dalam fasa ini anda perlu mencari inisiatif untuk kewangan anda supaya mampu menampung sebarang kejadian yang tidak diingini. Mungkin, pelaburan merupakan pilihan yang baik.

FASA 4 – Lunas hutang

Anda sepatutnya, dalam fasa ini mampu melunaskan semua hutang anda termasuk pinjaman perumahan dan pinjaman pelajar sebagai contohnya.

Fasa ini juga mungkin selamat untuk anda memilih untuk berhenti kerja dan mencari peluang yang baru. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada pendapatan anda tidak lagi datang dari pekerjaan anda tetapi sebaliknya hasil daripada pelaburan simpanan anda.

FASA 5 – Bebas Kewangan

Melalui pelaburan yang telah anda lakukan, cukup untuk membiayai gaya hidup anda sepenuh masa. Di sini juga bermula kehidupan anda bebas dari sebarang komitmen dalam kerjaya. Namun, fasa ini juga bergantung kepada cara penggunaan wang anda.

Bukan mudah untuk melalui kelima-lima fasa ini terutama keadaan kos sara hidup yang kian meningkat seperti di Malaysia. Tetapi jika anda bijak mengatur, anda pasti dapat membebaskan diri anda dari sebarang komitmen menjelang usia yang semakin meningkat.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat