5 Filem Forex Trader Wajib Tonton!

2,717

Pasaran kewangan merupakan satu institusi yang penuh dengan kejutan. Oleh yang demikian, para traders perlu sentiasa peka dan bersedia untuk menghadapi situasi di luar jangkaan.

Jadi, untuk memberi gambaran lebih dekat dunia perdagangan dan pelaburan, artikel ini akan mendedahkan kepada anda 5 buah filem yang wajib ditonton dalam memahami situasi sebenar pasaran kewangan.

1. Trading Places 

 

Trading Places merupakan filem komedi Amerika Syarikat dilancarkan pada 1983 yang diarahkan oleh John Landis serta dibintangi oleh Dan Aykroyd dan Eddie Murphy. Ia menceritakan kisah seorang broker komoditi kelas atasan yang hanya tinggal di jalanan atau bergelar gelandangan.

2. Rogue Trader

Filem ini merupakan sebuah filem biografi British yang dilancarkan pada tahun 1999. Filem ini menggambarkan kehidupan seorang bekas broker derivatif, Nick Lesson dan kejatuhan Barings Bank pada tahun 1995 yang diadaptasikan daripada sebuah buku yang berjudul Rogue Trader : How I Brought Down Barings Bank and Shook the Financial World.

Apa yang menarik, Rogue Trader mendedahkan bagaimana Leeson menyembunyikan $1.3 bilion kerugiannya dalam trading dan menggambarkan kecuaian traders muda.

Seterusnya, ia menekankan tentang kepentingan pengurusan risiko yang sepatutnya dikuasai oleh semua traders.

3. The Big Short

The Big Short ialah sebuah filem biografi komedi Amerika yang disiarkan pada tahun 2015. Filem ini diadaptasikan daripada sebuah buku yang berjudul The Big Short : Inside the Doomsday Machine, hasil penulisan Michael Lewis.

Di samping itu, ia menceritakan tentang krisis kewangan yang terjadi pada tahun 2007 hingga 2008 yang menyebabkan kemelesetan terburuk di Amerika Syarikat sejak Great Depression.

Seterusnya, filem ini turut menerangkan tentang instrumen kewangan yang digunakan dan mendedahkan kesukaran para traders ketika berdepan dengan krisis kewangan.

Ada Christian Bale dengan Brad Pitt dalam filem ni. Kena tonton!

4. Too Big to Fail

Too Big to Fail ialah sebuah filem yang diadaptasikan daripada sebuah buku bukan fiksyen, Too Big to Fail : The Inside Story of How Wall Street and Washington Fought to Save the Financial System-and Themselves.

Filem tersebut menceritakan tentang krisis kewangan pada tahun 2008, yang memfokuskan kepada tindakan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat dan Pengerusi Sistem Rizab Persekutuan yang menghadapi masalah pada Ogos hingga 13 Oktober 2008.

Too Big to Fail juga mendedahkan tentang kejatuhan Lehman Brothers dan kesannya terhadap seluruh industri.

5. Boiler Room

Filem ini menceritakan kisah seorang pemuda yang berhenti daripada kolej dan bekerja di sebuah firma pembrokeran yang terkemuka namun terlibat dengan isu rasuah.

Menariknya, Boiler Room adalah sebuah filem epik yang menggambarkan segala salah laku dalam industri kewangan. Isu-isu yang diketengahkan adalah penting untuk para traders memahami risiko-risiko yang terselindung dalam dunia pelaburan.

Tuntasnya, forex traders mestilah membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan langkah dalam trading dengan memahami situasi pasaran yang sebenar. Sediakan payung sebelum hujan! 5 buah filem ini boleh membantu anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat