5 Fokus Utama Kalendar Ekonomi Minggu Ini

64

Minggu ini, market player akan memberi tumpuan terhadap data ekonomi penting yang akan dikeluarkan oleh negara kedua terbesar ekonomi, China. Data yang dimaksudkan adalah Gross Domestic Product (GDP) ataupun keluaran dalam negara kasar suku kedua tahun ini pada jumaat nanti.

Minit mesyuarat polisi kewangan dan keputusan interest rate akan diumumkan oleh Bank of England pada hari khamis, 14 Julai. Jangkaan bahawa central bank akan membuat keputusan yang memainkan peranan penting dalam melawan keadaan ekonomi yang negative ekoran daripada keputusan referendum UK-EU lalu.

Manakala di Amerika Syarikat, pelabur-pelabur menantikan data retail sales dan inflasi pada jumaat nanti untuk melihat adakah ekonomi US kuat untuk menaikkan interest rate dalam tahun ini.

Kalendar
Sumber : Forex Factory

5 fokus utama minggu ini adalah termasuk :

  1. GDP suku kedua tahun 2016

China dijangka akan mengeluarkan data GDP suku kedua tahun ini pada 10:00 pagi waktu Malaysia. Laporan GDP April-Jun dijangka 6.6% yang mana agak berkurang daripada suku pertama iaitu sebanyak 6.7%. Pergerakan ini dilihat sangat perlahan.

Selain itu, laporan industrial production, fixed asset investment dan retail sales akan dikeluarkan bersama laporan GDP.

  1. Keputusan interest rate Bank of England

Bank of England akan mengeluarkan keputusan rate  dan juga minit mesyuarat polisi kewangan pada hari khamis pukul 7:00 malam waktu Malaysia.

Dijangka akan berlakunya pemotongan interest rate dan pemangkin lain diperlukan untuk menenangkan ekonomi UK ekoran keputusan Brexit.

Satu survey telah dijalankan oleh Reuters pada minggu lepas menunjukkan 17 daripada 52 orang pakar ekonomi menjangkakan potongan rate daripada 0.5% menjadi 0.25% manakala dua orang lagi menjangkakan rate dipotong hingga 0%. Manakala baki 2/3 daripada 52 orang lagi mengatakan yang rate akan kekal sebanyak 0.5%.

  1. Laporan retail sales (Jualan Runcit) US

Bahagian Perdagangan akan mengeluarkan data jualan runcit pada hari jumaat pukul 8:30 malam waktu Malaysia. Consensus menjangkakan kadar jualan runcit akan meningkat sebanyak 0.1% berbanding Mei.

Peningkatan jualan runcit berkaitan dengan perkembangan ekonomi yang menguat dan sebaliknya.

  1. Kadar pendapatan US suku kedua tahun 2016

Antara fokus Wall Street juga adalah laporan kadar pendapatan setelah laporan pekerjaan Jun pada Jumaat lalu yang kuat memberi keyakinan kepada pelabur dengan ekonomi US yang semakin stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat