5 Industri Yang Diramalkan Terus Berkembang Selepas Pandemik Berakhir

1,965

Semestinya pelbagai perubahan baru akan dilihat selepas dunia berdepan krisis pandemik COVID-19 yang melanda. Pelbagai sektor yang terjejas dan tidak kurangnya juga yang mendapat manfaat dari musibah yang ditempuhi.

Artikal ini akan berkongsikan 6 industri yang dijangka akan terus berkembang selepas krisis Coronavirus ini berakhir.

#1. Industri e-learning dan perisian panggilan video

Youtube, Google Classroom, Skype dan Zoom merupakan aplikasi pilihan bagi mereka yang mahu mempelajari perkara baru sama ada menerusi video atau interaksi alam maya. Terutama bagi pekerja, pelajar sekolah dan universiti, mereka juga perlu membiasakan diri dengan cara hidup yang baru dengan bergantung kepada teknologi untuk meneruskan pembelajaran dan pekerjaan dari rumah.

Masyarakat mula menyedari kepentingan aplikasi seperti ini dan dengan dunia yang kian mencapai kecanggihan teknologi ke tahap lebih tinggi, aktiviti-aktiviti atas talian bukan lagi menjadi perkara yang asing dalam kehidupan harian selepas ini.

 

#2. Industri produk kesihatan

Jelas sekali industri yang berkaitan dengan perubatan, rawatan dan pencegahan virus akan kekal kukuh walaupun musim novel coronavirus berakhir. Masyarakat akan belajar daripada apa yang telah berlaku dan mula bertindak bijak dengan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk sebarang kebarangkalian yang buruk yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang.

 

#3. Industri perkhidmatan penghantaran

Jika sebelum ini masyarakat sudah bergantung kepada servis penghantaran, kehadiran wabak ini akan menyebabkan kebergantungan yang lebih tinggi terhadap servis tersebut. Perkara ini termasuklah penghantaran makanan, perabot, barang dapur dan keperluan peribadi.

 

#4. Industri hiburan di rumah (In-home entertainment)

Tidak ketinggalan servis hiburan di rumah seperti Youtube dan Netflix. Sepanjang musim perintah kawalan pergerakan (PKP), semestinya hiburan di rumah menjadi pilihan kerana tidak dapat melakukan aktiviti luar.

Tidak hairanlah jika Netflix berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak RM3,116 bilion dalam tiga bulan pertama 2020 dengan 183 juta pengguna.

 

#5. Industri Permainan Video

Selain melanggan Netflix atau tonton Youtube, hiburan masyarakat juga akan beralih kepada permainan video. Syarikat permainan video seperti Sony Computer Entertainment dan Ubisoft, seiring dengan gajet seperti VR akan menjadi popular untuk tempoh yang agak panjang.

Kerana bosan di rumah, aktiviti permainan video semakin meningkat dengan pertambahan pengguna baru. Dengan beralih kepada minat dan hobi yang baru ini, aktiviti ini dijangka akan terus semakin berkembang.

 

Corak perbelanjaan masyarakat dunia juga akan mengalami perubahan. Keadaan ini turut memberi kesan kepada corak permikiran dan idea bagi sesentengah masyarakat yang mahu mulakan perniagaan. Malah, tidak mustahil untuk katakan industri-industeri berikut merupakan satu pelaburan yang baik buat masa sekarang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat