5 Inspirasi Perniagaan Yang Boleh Dipelajari Daripada Oprah Winfrey

810

Oprah Winfrey merupakan salah seorang tokoh wanita yang paling berpengaruh, tidak hanya di Amerika Syarikat tetapi juga di dunia. Oprah Winfrey dikenali sebagai wanita besi dan wanita luar biasa. Beliau berjaya mencuri perhatian ramai orang melalui acara talkshow yang dikendalikan oleh beliau sendiri iaitu The Oprah Winfrey Show.

Kisah Oprah Winfrey merupakan kisah “menjadi diri sendiri”. Dari seorang yang biasa menjadi luar biasa. Satu per satu pengalaman pahit yang ditempuhi sejak kecil bagi mengantarkan beliau kepada tahap yang ada sekarang. Tragedi demi tragedi. Kini beliau menjadi salah seorang terkaya dunia dengan hasil keuntungan purata sebanyak 2.8 billion U.S dolar.

Maka disini Team Moshed hadirkan 5 inspirasi daripada seseorang yang tidak mahu meratapi nasib dan terus berjalan bagi meraih mimpi.

1. Jangan Membiarkan Masa Lalu Menghambat Masa Hadapan.

Masa lalu adalah sebuah adalah sebuah bayangan dan sejarah untuk masa kini dan masa yang akan datang. Ibarat sebuah cermin untuk dipelajari dan memandang sebuah realiti yang ada pada saat ini.

Setiap orang memiliki latar belakang berbeza. Ada yang lahir dalam keadaan yang serba cukup, ada yang lahir dalam serba kekurangan. Ada yang memiliki pengalaman pahit dalam tahap-tahap kehidupan mereka dan ada yang tidak. Namun seburuk apapun masa lalu, masa depan masih putih bersih untuk dilakarkan. Segelap mana kegelapan masih ada secebis cahaya untuk dinikmati.

Bagi Oprah Winfrey, masa lalu tidak dapat diubah, tetapi masa depan ada ditangan. Tidak perlu merasa rendah diri, gunakan ia sebagai batu hambatan untuk berusaha lebih keras. Semakin berat ujian, semakin hebat kemampuan.

“Anda akan mendapatkan apa yang Anda inginkan dalam hidup. Teruskan pendakian Anda.” – Oprah Winfrey

2. Kejayaan Memerlukan Masa

Kejayaan datang dengan sebuah proses dan usaha. Perniagaan tidak terjadi dalam semalaman. Biasanya ia memerlukan waktu. Ada yang cepat, ada yang lambat.

Oprah sendiri mengambil waktu 3 tahun untuk menyelesaikan yayasannya seiring dengan pelbagai sumber dana dan tenaga yang telah dimiliki. Bagi beliau, bukan soal membuka perniagaan tetapi soal bagaimana untuk mendukungnya ketahap yang stabil.

3. Berani Mengambil Risiko Dan Peluang

“Saya percaya bahwa salah satu risiko terbesar adalah tidak pernah berani mengambil risiko itu.”

Oprah Winfrey sering memanggil orang-orang kontroversi untuk tampil di talkshow beliau.

Jangan cepat berpuas hati. Ketika kita puas dengan apa yang ada, perjalanan perniagaan akan terhenti sampai titik itu. Lihat setiap peluang yang ada dan ambil kesempatan. Oprah Winfrey terus mencuba dalam pelbagai bidang dunia hiburan. Daripada penyiaran sehinggalah kepada media cetak.

4. Berani Untuk Berbeza

Ketika pertama kali Oprah Winfrey mendapat pekerjaan sebagai pembaca berita, Oprah Winfrey melakukan dengan cara yang berbeza. Beliau tidak seperti orang lain yang mengawal nada semasa membaca berita,tetapi beliau membaca dengan penuh emosi dan empati seolah-olah mengalami langsung kejadian yang dilaporkan.

5. Membantu Orang Lain, Anda Akan Berjaya

Kata orang bijak, tidak ada pekerjaan yang lebih mulia daripada membantu orang lain,apatah lagi mengangkatnya meraih kejayaan.

Membantu orang lain adalah membantu diri kita sendiri.

Itu merupakan falsafah hidup yang dipegang Oprah Winfrey. Oprah Winfrey merupakan seorang dermawan. Beliau aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial dan menyantuni yayasan, sekolah, institusi HIV AIDS dan sebagainya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat