5 Istilah forex yang perlu anda tahu sebelum join forex

3,420

Sebenarnya terdapat banyak lagi istilah-istilah forex, tapi di sini saya ceritakan yang asas dahulu, basic sebelum anda belajar forex atau baru menceburi bidang forex trading, agar anda dapat faham bahasa-bahasa forex yang banyak istilah dan singkatannya.

1. Trader Forex

Trader forex ialah anda, iaitu anda adalah pedagang forex. Ramai orang menggunakan istilah ‘main forex’, tapi anda perlu tahu yang forex ini bukan boleh main-main, ia adalah perkara serius kerana ia melibatkan duit ringgit. Jadi di sini anda adalah trader forex, dan bukanlah pemain forex. Di luar negara, trader forex di anggap sebagai sebuah pekerjaan yang professional, walaupun ia tidak secara officially mempunyai Ijazah dalam bidang forex, tetapi di luar negara, pakar-pakar ekonomi yang menjalankan analisis turun naik matawang. Jadi anda perlu ingat, anda adalah trader forex, bukan pemain forex. Bila melibatkan wang yang bakal merubah hidup anda, ia bukan main-main.

2. Broker Forex

Selepas anda mengambil keputusan menyertai bidang forex ini sebagai trader forex, anda perlu pula mencari broker forex. Apakah itu broker forex? Broker forex adalah sebuah syarikat yang menguruskan perniagaan forex anda, maksudnya orang tengah yang menjalankan transaksi jual beli matawang yang anda niagakan. Broker forex yang betul adalah broker forex yang mempunyai Lesen yang sah untuk operasi, insuran kepada duit pelanggan, dan broker forex yang telus, yang tidak mengambil keuntungan atas kerugian anda. Broker forex ini di panggil broker forex regulated dan fully STP. Jadi jangan percaya broker sembarangan. Perlu Hati Hati. Saya akan berceritakan lebih banyak tentang hal broker forex yang betul ini, sebelum itu anda boleh rujuk broker forex pilihan saya di sini.
3. Platform Forex

Platform forex, atau lebih dikenali sebagai Trading Platform, adalah tempat anda melihat carta naik turun sesuatu matawang yang anda ingin dagangkan. Sekarang sudah banyak platform forex, anda boleh install di PC rumah, atau laptop, juga di telefon android anda. Platform yang popular di kenali dengan nama Metatrader 4, metatrader 5, dan jika dari android phone, anda boleh cari Metatrader di Play Store. Di sini lah anda boleh klik buy/sell dan lakukan transaksi anda.

4. Deposit Forex

Jika ingin melakukan trading menggunakan akaun sebenar, anda perlu deposit ke dalam akaun forex anda. Deposit ni kiranya macam masukkan duit ke dalam akaun anda, barulah anda boleh lakukan transaksi jual beli dengan pengalaman yang sebenar. Sekarang banyak broker sudah boleh membenarkan menggunakan Debit Card, Credit Card, E-currency seperti Moneybookers(skrill) atau neteller, dan juga anda boleh melakukan wire transfer, menghantar duit ke luar negara. Lebih bagus dan selamat jika anda deposit terus direct kepada broker tanpa melalui orang tengah. Jika anda tidak tahu dan perlukan lebih penjelasan tentang ini, hubungi saya dan saya dapat memastikan keselamatan duit deposit anda. Hubungi dengan rujuk sini.

5. Withdrawal Forex

Withdrawal duit forex adalah saat paling manis, iaitu mengeluarkan sejumlah profit dari akaun forex ke akaun bank kita. Kebanyakan broker menawarkan anda boleh mengeluarkan duit ini terus ke local bank di Malaysia seperti CIMB, Maybank, RHB dan lain2 bank lagi bergantung kepada bank jenis mana yang anda ada. Anda hanya perlu sediakan detail number akaun bank, swift code, alamat bank dan mereka iaitu broker forex akan masukkan terus duit itu ke akaun anda. Menggunakan cara wire transfer, memerlukan purata 3-5 hari bekerja, kerana duit itu dari luar negara.

Buat masa ini sekian dahulu ulasan tentang istilah ini. Banyak juga nak tulis dan beri penerangan satu-satu. Saya akan kupas lebih detail panduan-panduan ini nanti. Teruskan membaca.

Learning is beautiful progress. 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat