5 Jangkaan Pakar Mengenai Bitcoin Menjelang 2021

2,414

Disember 2020 menyaksikan aset Satoshi Nakamoto mencatat rekod all-time high pada $24,200, meraih perhatian seluruh dunia sebagai aset paling berharga berbanding emas.

Namun ketika tahun ini membawa tuah kepada Bitcoin (BTC), bagaimana pula nasibnya menjelang 2021? Adakah terus melakar rekod baru atau sebaliknya?

1. Penerimaan BTC Yang Lebih Meluas

Mungkin ketika penulisan, penggunaan Bitcoin masih belum meluas dalam kehidupan seharian. Namun, peningkatan minat pelabur institusi seperti MicroStrategy, PayPal dan Square akan membuka jalan untuk aset ini terus diterima global.

2. Persaingan Dari Firma Teknologi Besar

Tidak dinafikan Bitcoin telah mendorong entiti global untuk mempertimbangkan matawang digital antarabangsa kerana sifatnya yang melibatkan pasaran matawang yang pelbagai.

Seperti matawang digital Facebook ‘Diem’, jika produk tersebut berjaya dipasarkan secara meluas pada tahun hadapan, tidak mustahil pertumbuhan Bitcoin akan terjejas.

3. Persaingan Dari Bank Pusat

Untuk pengetahuan, pada tahun ini Bank for International Settlements telah melaporkan sebanyak 80% bank pusat seluruh dunia dalam rancangan membangunkan matawang digital.

Seperti China dilihat telah bersedia menuju era cashless hingga menyebabkan AS rasa terancam dengan kemunculan yuan digital, turut akan menjejaskan permintaan BTC dan matawang kripto yang lain.

4. Pengenalan Undang-Undang Baru

Pentadbiran Joe Biden dilihat akan menguntungkan industri kripto dengan rancangan yang lebih komprehensif dan rasional tanpa pilih kasih.

Pada masa yang sama, ada kemungkinan juga parti Demokratik itu akan bertindak lebih tegas berbanding Republik.

5. Ketidakpastian Yang Berpanjangan

Memandangkan nilai Bitcoin tidak terikat secara langsung dengan situasi semasa seperti dasar fiskal atau kewangan, aset ini berpotensi untuk kehilangan statusnya sebagai emas digital.

Tetapi, boleh juga Bitcoin mencecah $50,000 pada tahun hadapan jika para pelabur memindahkan modal ke dalam Bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat