5 Memecoin Selebriti Ini Mungkin Perlu Dijual Sebelum Terlambat?

858

“Ada ke yang beli kelima-lima memecoin selebriti ini, korang dah jual ataupun masih simpan lagi?”

Memang banyak memecoin selebriti menunjukkan pendakian mengagumkan apabila terdapat penyertaan daripada komuniti mata wang kripto yang ingin menjana keuntungan secara pantas, tetapi pertumbuhannya yang tidak kekal lama telah menyebabkan harganya melemah semula.

Oleh demikian, berikut adalah lima memecoin selebriti mungkin perlu dijual disebabkan penurunan drastik harganya yang sudah berlaku.

Tate Stop (TME)

Kripto bertemakan Andrew Tate mendominasi ruang memecoin minggu lalu disebabkan kenaikan harganya yang besar, tetapi sentimennya merosot apabila TME tergelincir 40% dalam masa 24 jam lalu pada $0.001419.

Mother Iggy (MOTHER)

Biarpun aliran mingguan kekal menaik, harga MOTHER merudum semula kira-kira 23.4% pada $0.1401 dan kebanyakan penganalisis berpendapat penurunan itu tercetus disebabkan sentimen yang kian menurun ditambah pula daya tarikannya yang rendah.

Top G (TOPG)

TOPG, satu lagi memecoin bertemakan Tate telah melihat penerjunan sebanyak 43.7% pada hari ini sehingga menyebabkan volumnya turut merekodkan angka penurunan.

RNT

RNT juga adalah antara memecoin yang terjejas disebabkan sentimen menurun sehingga menyebabkan harga menjunam lebih rendah, di mana memecoin tersebut yang kini didagangkan pada paras $0.02184 telah susut 22.1% pada hari ini.

Timeless Davido (DAVIDO)

DAVIDO mencetuskan kegilaan di sekitar ruang media sosial, tetapi harganya serta-merta merosot yang membawa pada penjualan secara besar-besaran dan kini memecoin selebriti itu berada pada $0.00037 iaitu penurunan 41.6% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat