5 News & Event Besar Tumpuan Pasaran Minggu Ini (22-26 Januari)

1,062

Pasaran kewangan global akan berfokus kepada mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada minggu ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang penamatan rangsangan monetari bank pusat itu.

Satu lagi bank pusat utama yang akan bermesyuarat adalah Bank of Japan (BoJ) yang juga akan mengumumkan polisi monetari semasa pada Selasa.

Matawang Euro cuba untuk meneruskan kenaikan minggu lalu selepas membuat lonjakan pada minggu sebelum itu, namun sedikit terhalang oleh komen ahli-ahli ECB. Umum mengetahui kenaikan pada minggu sepanjang (8 – 12 Jan) adalah disebabkan keyakinan pelabur terhadap ECB yang dijangka mengubah komunikasi (lebih hawkish) pada awal tahun ini.

Ahli-ahli ECB pada minggu lalu dilihat cuba untuk melemahkan matawang Euro dengan komen yang dovish khususnya naib presiden ECB iaitu Vitor Contancio. Beliau berkata pada Rabu bahawa polisi monetari akan terus “sangat menyokong ekonomi dalam jangka panjang”. Ini bermaksud polisi ketika ini akan dikekalkan dalam keadaan yang boleh menyokong ekonomi di mana pelonggaran polisi akan terus kekal.

Seorang lagi ahli ECB, Ewald Nowotny berkata pada Rabu bahawa pengukuhan euro baru-baru ini tidak banyak membantu ekonomi.

Walaupun dengan komen-komen yang dovish, ia dilihat tidak dapat membawa euro lebih rendah disebabkan kelemahan US dolar secara keseluruhan bermula pada Khamis yang disebabkan ketidaktentuan ‘government shutdown’ Amerika Syarikat. Disebabkan hal ini kita dapat melihat pengukuhan Euro bermula pada sesi Asia pada Khamis sehinggalah Jumaat yang jelas dilihat dalam pasangan matawang EUR/USD.

Berikut adalah berita dan event (peristiwa) yang menjadi fokus pasaran minggu ini:

#1 Mesyuarat bank pusat Eropah, ECB (Khamis)

Bank pusat ini akan mengumumkan polisi monetari semasa pada Khamis pukul 8.45 malam dan diikuti oleh sidang media Draghi pukul 9.30 malam. ECB dijangka akan mengekalkan kadar faedah dan juga amaun pembelian bon yang telah diumumkan tahun lalu. Pasaran akan cuba mendapatkan isyarat lebih lanjut tentang penamatan rangsangan monetari bank pusat di masa akan datang.

#2 Mesyuarat bank pusat Jepun, BoJ (Selasa)

Bank pusat Jepun akan mengumumkan polisi semasa pada Selasa pukul 11 pagi. BoJ juga dijangka mengekalkan kadar faedah dan juga amaun pembelian bon. Terdapat petanda bahawa BoJ dijangka mula membincangkan pengurangan rangsangan monetari khususnya program pelonggaran kuantitatif.

#3 Data pertumbuhan ekonomi, GDP Amerika Syarikat (Jumaat)

Data awal pertumbuhan ekonomi suku keempat Amerika ini akan dikeluarkan pada Jumaat pukul 9.30 malam. Bacaan dijangka perlahan kepada 3.0% daripada 3.2% sebelum ini. Antara data penting yang akan dikeluarkan minggu ini termasuk data durable-goods, dan data jualan rumah.

#4 Data pertumbuhan ekonomi, GDP United Kingdom (Jumaat)

Data GDP United Kingdom ini akan dikeluarkan pada Jumaat pukul 5.30 petang dengan jangkaan bacaan meningkat 0.4% sama seperti sebelum ini. Selain itu, data yang perlu diberi perhatian juga adalah data pekerjaan UK pada Rabu pukul 5.30 petang.

#5 Data inflasi Kanada (Jumaat)

Data inflasi (harga pengguna, CPI) Kanada ini akan dikeluarkan pada Jumaat pukul 9.30 malam dengan pasaran menjangkakan penyusutan (-0.3%) berbanding bacaan pada November yang mencatat kenaikan 0.3%. Data inflasi kali ini menjadi lebih penting selepas Bank of Canada (BoC) menaikkan kadar faedahnya minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat