5 Perkara Penting Berkaitan Bitcoin (BTC) Untuk Tumpuan Pelabur Minggu Ini!

1,980

Ramai yang mula membuat jangkaan terhadap harga Bitcoin (BTC) selepas raja kripto ini mencatatkan penutupan harga di atas $60,000 bagi sesi Oktober.

Boleh jadi BTC mencatatkan lonjakan menghampiri $100,000, dan mungkin aset ini berpotensi untuk susut ke paras $50,000.

Ini rincian yang pelabur perlu ambil tahu untuk November dan seterusnya.

Oktober 2021, bulan terbaik sejak 2020

Bitcoin mencatatkan penutupan harga pada rekod $60,616.12, menjadikan pengakhiran tertinggi bulanan dalam sejarahnya.

Sasaran bagi November – $61,000, menurut penganalisis Michael van de Poppe adalah tidak mustahil.

Jika dibandingkan dengan ramalan daripada pemilik akaun Twitter dan pengasas PlanBTC.com, @100trillionUSD – menghampiri $98,000, adalah mustahil.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada sekitar $62,000 selepas berhadapan dengan pembetulan harga pada malam tadi, menjadikan pulangan kasar sebanyak 40% sejak Disember 2020.

Pelarasan kesukaran perlombongan BTC

Rekod pelarasan kesukaran perlombongan BTC telah berlaku sebanyak 8 kali. Ini menjadikan pelarasan terbanyak sejak 2018.

Tidak hairanlah mengapa ia berlaku kerana mahu menampung ‘kehilangan’ aktiviti perlombongan kripto di China susulan pengharaman perdagangan kripto pada Oktober.

Dikatakan kesukaran akan meningkat sehingga 21.89 trilion pada minggu ini, meningkat 3 trilion dari rekod tertinggi sepanjang masa (ATH).

Perkara yang sama turut akan berlaku terhadap hash rate.

Pelabur hodl

September mungkin boleh dikatakan sebagai masa terbaik untuk beli ketika dip bagi pelabur Bitcoin. Maka, pada Oktober menyaksikan pengukuhan harga raja kripto itu.

Bursa kripto Kraken mendedahkan lonjakan harga ke paras $67,100 baru-baru ini tidak menyaksikan penjualan yang ketara. Ini menunjukkan mereka adalah pelabur jangka panjang, terutama pelombong yang telah hodl sejak 2020.

Baki aset di bursa kripto susut

Rekod menunjukkan baki BTC di kebanyakan bursa sudah susut ke paras terendah dalam tiga tahun.

Ketika ini, bursa dilaporkan sedang mengawal 2.47 juta BTC. Berbeza pada rekod April 2020, lebih 3,1 juta berada di dalam orderbooks.

Menurut Coinbase, aset BTC di bursa mereka telah jatuh hampir 20,000 dan pada masa yang sama pemain pasaran membuat pengumpulan.

Pengumuman tapering daripada Federal Reserves

Federal Reserves mengumumkan akan berlakunya tapering secepat yang mungkin pada November.

Ulasan terbaru daripada Federal Reserves menjangkakan pengurangan pembelian aset yang berlanjutan kerana berlaku peningkatan inflasi di seluruh dunia.

Manakala pengerusi Federal Reserves, Jerome Powell memberitahu krisis rantaian bekalan akan berterusan sehingga ke tahun hadapan.

Keadaan ini akan meningkatkan minat pelabur terhadap Bitcoin sebagai aset deflasi.

Tidak keterlaluan juga jika aliran masuk daripada pelabur institusi terhadap produk pelaburan Bitcoin mencatatkan peningkatan termasuk peningkatan terhadap ETF Bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat