5 Sebab Mengapa Forex Trader Perlukan Kalendar Ekonomi

6,221

Kalendar ekonomi merupakan salah satu instrumen penting yang wajib digunakan oleh forex trader khususnya dalam memahami situasi pasaran semasa. Kalendar berkenaan merangkumi polisi monetari yang terdiri daripada kadar faedah, inflasi, peluang pekerjaan, dan GDP.

Selain itu, ianya memainkan peranan penting dalam membantu forex trader dalam trading mereka.

Namun begitu, masih ramai individu yang mempersoalkan fungsinya terutamanya ‘pendatang baru’ dalam dunia forex trading. Apakah kaitan kalendar tersebut dengan forex trading? Mengapa forex trader perlukannya?

1. Masuk Dan Keluar Daripada Pasaran Pada Masa Yang Tepat

Seperti yang diketahui ramai, pasaran forex merupakan pasaran terbesar dunia. Oleh yang demikian, terdapat banyak perkara yang tidak dijangka berlaku dan mempengaruhi pasaran.

Berdasarkan kalendar ekonomi ini, forex trader dapat merangka strategi keluar dan masuk ke dalam pasaran pada masa yang tepat. Sehubungan dengan itu, mereka mampu untuk membuat keputusan terbaik dalam trading berdasarkan jangkaan data pada kalendar dan meningkatkan peluang untuk menjana keuntungan berganda.

2. Elakkan Situasi Pasaran Yang Tidak Menentu

Situasi ini memberikan peluang yang luas untuk menjual atau membeli matawang. Akan tetapi, keadaan pasaran yang sangat tidak menentu terlalu sukar untuk dijangka dan terdedah kepada banyak risiko.

Oleh itu, kalendar ekonomi diperlukan untuk mengkaji keadaan pasaran semasa supaya forex trader dapat mengawal risiko dagangan dan bertindak dengan lebih bijak!

3. Mengetahui Faktor Yang Mempengaruhi Pasaran

Kalendar ekonomi merupakan salah satu indikator penting yang digunakan dalam analisis fundamental dan teknikal. Berdasarkan kalendar tersebut, forex trader boleh meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran dengan lebih mendalam melalui berita-berita di atas talian, artikel yang terpapar di dada akhbar atau sebagainya.

4. Cakna Dengan Isu Semasa

Terdapat segelintir forex trader khususnya ‘pendatang baru’ yang mengabaikan kepentingan kalendar ekonomi bahkan tidak mengetahui bagaimana ianya berfungsi! Ramai yang cenderung untuk mencacatkan perjalanan dagangan mereka dalam sebuah jurnal untuk mempelajari bagaimana pasaran bergerak dan mengelakkan diri daripada mengulangi kesilapan yang sama. Hanya lebih gemar fokus teknikal semata.

Tambahan daripada itu, kalendar ekonomi dapat membantu forex trader untuk merangka matlamat trading mereka dalam jangka masa panjang. Hal ini kerana forex trading mestilah dianggap sebagai sebuah perniagaan dan memerlukan perancangan yang rapi.

Melalui pemahaman yang betul terhadap peristiwa-peristiwa yang akan mempengaruhi pasaran, forex trader mampu untuk merangka perjalanan dagangan mereka yang boleh mendatangkan keuntungan.

5. Mengkaji Peristiwa Dan Kepentingannya

Kalendar ekonomi dapat membantu forex trader untuk meneliti setiap peristiwa yang mengandungi kepentingan berbeza. Oleh itu, forex trader mampu untuk menfokuskan kepada peristiwa-peristiwa yang paling penting dalam pasaran dan merangka strategi forex trading yang efektif.

Jadi, forex trader boleh menjimatkan masa dan tenaga mereka dalam penyelidikan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat