5 Senario Mungkin Berlaku Selepas Undian Parlimen UK Mengenai Perjanjian Brexit

549

Ahli parlimen akhirnya menyokong dengan keputusan undian memihak kepada pembacaan kedua undang-undang untuk perjanjian itu, walaupun masih tiada jaminan kejayaan kerana rang undang-undang itu boleh dipinda oleh penggubal undang-undang yang mahukan perubahan.

Bagaimanapun, undian kedua terhadap jadual waktu yang sangat ketat untuk menyelesaikan proses perundangan tersebut dalam tempoh tiga hari tidak memihak kepada PM Johnson.

Berikut merupakan senario yang mungkin terjadi selepas ahli parlimen menolak jadual yang dicadangkan oleh Johnson untuk meneliti undang-undang tersebut.

Senario 1 : Pelanjutan Yang Lebih Lama

Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk menyatakan Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan surat permohonan penangguhan yang diserahkan oleh PM Johnson kepada EU pada Sabtu lalu. Johnson kemudian memberitahu akan menghentikan proses perundangan Brexit sementara EU membuat keputusannya.

Sehubungan itu, Donald Tusk telah mencadangkan kepada EU27 untuk menerima permohonan UK untuk memberikan masa kepada ahli parlimen meneliti perundangan tersebut. Tarikh lanjutan yang dicadangkan adalah sehingga 31 Januari 2020 atau lebih lama lagi memandangkan banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh parlimen.

Senario 2: Pelanjutan Fleksibel (Flextension)

Menurut sumber daripada seorang ahli Brexit Anand Menon, EU mungkin akan memberi penangguhan sehingga 31 Januari dengan memberi lanjutan yang fleksibel atau ‘flextension’ kepada UK. Flextension bermaksud, ia boleh ditamatkan jika perjanjian Brexit dapat diterima dan disahkan.

Senario 3: No-deal Brexit

Jika EU tidak bersetuju terhadap penangguhan yang diminta, UK mungkin meninggalkan EU tanpa apa-apa perjanjian mengikut tarikh akhir pada 31 Oktober. Bagaimanapun, EU27 perlu memberi persetujuan terhadap penangguhan tersebut untuk kepentingan semua pihak.

Senario 4: Pilihan Raya

PM Johnson sebelum ini mengatakan akan mengadakan pilihan raya jika gagal mendapat persetujuan oleh ahli parlimen terhadap cadangan jadualnya tetapi beliau memerlukan sokongan daripada parti pembangkang iaitu Parti Buruh untuk mengadakan pilihan raya.

Bagaimanapun, parti pembangkang sebelum ini menolak kemungkinan untuk mengadakan pilihan raya melainkan ancaman terhadap no-deal Brexit dibatalkan.

Senario 5: Referendum Kedua

Terdapat beberapa sokongan terhadap kemungkinan referendum kedua diadakan selepas ianya dicetuskan oleh ahli parlimen UK, Peter Bone beberapa jam sebelum Parlimen mengundi kepada perjanjian pengeluaran oleh Perdana Menteri Boris Johnson.
Menurut kenyataan Peter Bone, beliau akan menerima referendum kedua Brexit tetapi hanya dalam satu keadaan tertentu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat