5 Tips Kekal Tenang Uruskan Perniagaan Ketika Berdepan Krisis

368

Jika anda antara pengusaha bisnes yang bimbang dengan situasi ekonomi yang tidak menentu sepanjang musim wabak Covid19, cuba tips di bawah untuk kekal bertenang.

 

  1. Bertindak telus dengan pasukan anda

Sebagai usahawan, anda sentiasa memikirkan idea baru untuk mengukuhkan perniagaan, pelanggan dan seluruh pasukan anda. Sekiranya anda memilih untuk mendiamkan diri, pasukan anda  akan tertekan kerana sukar membaca dan memahami tindakan anda. Justeru, adakan perbincangan terbuka bersama mereka supaya semua yang terlibat dapat menyumbang idea dalam merangka strategi baru dan bersama-sama menyelesaikan masalah.

 

  1. Cuba untuk bertenang

Jika anda perasan tatkala kita berada dalam mod gelisah atau tidak tenteram, kita berpotensi untuk melakukan lebih banyak kesilapan – salah hantar teks, salah faham dalam komunikasi, hasil kerja menjadi tidak berkualiti. Jadi, apa salahnya jika anda mengambil sedikit masa untuk berhenti seketika, alihkan fokus anda, tarik nafas dan cuba bertenang. Cabaran yang anda hadapi akan nampak lebih mudah jika anda bertenang kerana ketika itu fikiran anda dapat berfungsi dengan lebih rasional dan matang.

 

  1. Fokus pada isu besar

Ketika anda mengalami masalah, cuba untuk fokus kepada isu besar berbanding isu yang kecil. Fahami semula visi anda dalam menubuhkan syarikat. Jadikan Charles Darrow, pencipta permainan Monopoly ketika era Great Depression sebagai contoh – beliau sedar pada masa itu masyarakat tidak dapat membelanjakan wang untuk hiburan. Jadi, beliau mencipta permainan papan tersebut supaya semua orang dapat berhibur walaupun permainan itu menggunakan wang kertas tiruan.

 

  1. Percaya terhadap kekuatan pasukan anda

Tidak salah jika anda mahu meletakkan kepercayaan kepada seluruh pasukan kerja anda kerana sebagai CEO syarikat tidak mustahil anda akan terlepas pandang terhadap beberapa perkara penting. Cuba untuk merendah diri dengan sentiasa mengajak mereka untuk meneliti dan berbincang jika ada keperluan penambahan terhadap idea atau hasil kerja anda. Tindakan ini dapat meringankan beban dan memudahkan urusan anda.

 

  1. Kenalpasti punca anda tertekan dan cara tanganinya

Untuk pastikan perniagaan kita dalam keadaan yang baik, kita juga perlu berada dalam keadaan yang baik. Sekiranya anda sedang mengalami tekanan kerana kerjaya anda, cuba atasinya dengan aktiviti kegemaran anda seperti memancing, menonton filem atau makan. Anda juga boleh meluangkan masa dengan minta pendapat atau nasihat daripada rakan atau mentor yang anda percaya. Ia bukan sahaja memberi kesan yang baik kepada diri dan perniagaan anda, tetapi juga dapat menjaga hubungan yang baik sesama ahli pasukan anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat