5G Mula Diuji Pada November di Cyberjaya dan Putrajaya

694

Malaysia dijangka akan memulakan percubaan rangkaian 5G pada bulan November hadapan. Cyberjaya dan Putrajaya dipilih sebagai lingkungan untuk percubaan rangkaian itu kerana ketersediaan kedua-dua wilayah dengan rangkaian fiber. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Gobind Singh Deo.

Inisiatif ini akan diketuai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui satu jawatankuasa kerja yang telah ditubuhkan.

Menurut Gobind, pelbagai pihak akan terlibat dalam ujikaji tersebut termasuk syarikat telko, penyelidik, badan kerajaan dan syarikat swasta yang lain.

Perbezaan 5G dengan 4G adalah penggunaan gelombang radio yang lebih pendek untuk menghasilkan sambungan berkelajuan tinggi oleh 5G.

Gobind menyatakan, ujian perkhidmatan 5G adalah perlu bukan hanya dari segi teknologi namun membolehkan kerajaan mempelajari mengenainya dan mengenal pasti dasar dengan lebih teliti.

Ujian tersebut akan berlangsung selama setahun bermula pada 1 November di mana semua pihak dialu-alukan untuk mengendalikan ujian 5G di kedua-dua lokasi tersebut. Dalam masa yang sama kerajaan menyasarkan liputan jalur lebar mencapai tahap 98% menjelang tahun 2023 dengan kadar kelajuan 30Mbps.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat