6.4 Juta Rakyat Indonesia Kehilangan Pekerjaan Berikutan Covid-19

375

Kira-kira 6.4 juta masyarakat Indonesia kehilangan pekerjaan kesan daripada wabak Covid-19 dan dijangka jumlah pengangguran akan meningkat di negara itu pada Ogos.

Data yang dikumpul oleh Dewan Perdagangan dan Industri Negara (Kadin) memfokuskan kepada kemerosotan teruk terhadap ekonomi negara berbanding penguncupan terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 0.4%, menyumbang kepada 5.23 juta rakyat kehilangan kerja dan 4.86 juta rakyat jatuh miskin.

Dikatakan industri tekstil telah memberhentikan 2.1 juta pekerja, sektor pengangkutan darat pula memberhentikan 1.4 juta pekerja, pengeluar kasut mengurangkan 500,00 pekerja dan perhotelan memberhentikan sekitar 430,00 pekerja.

Timbul isu pengangguran mendadak berikutan majikan tidak dapat menanggung faedah penamatan dan mendorong mereka untuk memberhentikan pekerja mereka. Malah, penambahan lima juta rakyat menganggur menjadikan isu pengangguran ini menjadi lebih kritikal.

Kadin menjangkakan KDNK akan menguncup 6% pada suku April-Jun, lebih tinggi daripada jangkaan kerajaan iaitu 3.1%, sekaligus menyaksikan pertumbuhan negatif bagi sepanjang tahun 2020.

Walaupun wabak di negara itu beransur pulih dan membuka peluang sektor pekerjaan, pengerusi Kadin, Rosan Roeslani tidak dapat menafikan mungkin berlaku peningkatan dalam kadar pengangguran pada Julai dan Ogos berikutan tekanan daripada perdagangan global.

Sementara itu, persatuan pengeluar kereta, Gaikindo menjangkakan jualan bagi tahun 2020 hanya 400,000 unit lebih rendah daripada ramalan pra-pandemik iaitu sebanyak 1.1 juta sebelum turun kepada jangkaan 600,000 unit.

Terkini dilaporkan bahawa peruntukan kerajaan untuk menangani isu Covid-19 adalah sebanyak 695.2 trilion rupiah dan 42% daripadanya akan disalurkan kepada program kesihatan awam dan perlindungan sosial.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat