6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (18-22 Okt 2021)

1,008

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar China (Isnin 10.00 Pagi): Sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat (AS), pertumbuhan ekonomi China akan menjadi tumpuan pelabur pada awal minggu ini untuk menilai kesihatan ekonomi pada suku ketiga.

Minit Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 8.30 Pagi): Butiran lanjut pada minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) akan diteliti pelabur selepas mesyuarat pada awal Oktober menyaksikan kadar faedah masih dikekalkan di paras 0.10%.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Data indeks harga pengguna tahunan di UK untuk bulan September dijangka kekal tidak berubah di paras 3.2% seperti bacaan sebelumnya. Perubahan ketara pada angka bacaan sebenar boleh mempengaruhi keputusan bank pusat dalam penetapan dasar.

Data Inflasi Kanada (Rabu 8.30 Malam): Data indeks harga pengguna Kanada pada minggu ini akan menjadi rujukan penting sebelum mesyuarat polisi bank pusat Kanada pada minggu berikutnya.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Jumaat 4.00 Petang): Menjadi tumpuan pada sesi Eropah di penghujung minggu ini, penilaian bagi data sektor ekonomi Eropah khususnya di Jerman akan diteliti pelabur untuk petunjuk kesihatan ekonomi semasa. Bacaan data masih lagi dijangka untuk kekal di paras yang stabil.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Jumaat 4.30 Petang): Turut menyusul terbitan data sektor ekonomi di UK pada sesi Eropah Jumaat ini untuk penilaian para pelabur. Bacaan data dijangka sedikit menurun namun kekal di paras pengembangan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat