6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (23-27 Ogos 2021)

1,691

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Jerman (Isnin 3.30 Petang): Angka bacaan pertumbuhan sektor pembuatan dan perkhidmatan di Jerman positif untuk beberapa bulan terbaru menunjukkan perkembangan yang baik menuju pemulihan ekonomi. Bacaan terbaru juga dijangka akan meneruskan trend tersebut.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK (Isnin 4.30 Petang): Ekonomi UK yang terjejas dengan gelombang Covid-19 terbaru dijangka akan memberi sedikit kesan penurunan terhadap bacaan data sektor ekonomi terbaru. Namun, masih dijangka berada di paras yang stabil.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan AS (Isnin 9.45 Malam): Sektor ekonomi di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bacaan trend yang meningkat sejak awal tahun. Walaupun bacaan data terbaru dijangka sedikit menurun akibat Covid-19, namun kesihatan ekonomi masih dinilai dalam keadaan baik.

Data Iklim Perniagaan Jerman (Rabu 4.00 Petang): Data tinjauan lebih 9,000 perniagaan pada ekonomi terbesar di Eropah ini akan memberi petunjuk bagi kesihatan semasa sektor ekonomi. Pelabur akan melihat sebagai isyarat awal perubahan aktiviti ekonomi seperti perbelanjaan dan pelaburan.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Khamis 8.30 Malam): Selepas bacaan awak diterbitkan pada Julai lalu, bacaan kedua KDNK AS untuk suku kedua akan diterbitkan pada minggu ini. Angka bacaan diunjur meningkat kepada 6.6% berbanding bacaan awal 6.5%.

Data Indeks Perbelanjaan Pengguna AS (Jumaat 8.30 Malam): Indeks perbelanjaan di AS dijangka akan semakin susut selepas penurunan 3 bulan berturut-turut. Bacaan yang lemah akan memberi impak terhadap penyusutan US dolar di penghujung minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat