6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (25-29 April 2022)

783

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Iklim Perniagaan Jerman Tinjauan ifo (Isnin 4.00 Petang): Data tinjaun yang mengukur kesihatan ekonomi terbesar di Eropah ini dijangka untuk sedikit susut pada bacaan terbaru di bawah paras 90.0 setelah berjaya kekal di atas paras tersebut sejak bacaan Julai 2020.

Data Keyakinan Pengguna AS (Selasa 10.00 Malam): Tinjauan ke atas tahap keyakinan pengguna di Amerika Syarikat (AS) akan dinilai oleh pelabur yang akan mempengaruhi pergerakan mata wang US dolar dalam pasaran.

Data Inflasi Australia (Rabu 9.30 Pagi): Kadar inflasi untuk bacaan suku pertama 2022 di Australia akan diberikan perhatian yang turut menjadi tumpuan bagi bank pusat. Jangkaan untuk kenaikan inflasi boleh memberi kesan peningkatan terhadap nilai dolar Aussie.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Khamis): Sesi Asia pada Khamis akan menantikan keputusan mesyuarat oleh Bank of Japan (BOJ). Kadar faedah dijangka akan terus dikekalkan tidak berubah, namun kenyataan susulan oleh Gabenor bakal memberi kesan terhadap mata wang Yen.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Khamis 8.30 Malam): Bacaan awal bagi data pertumbuhan ekonomi AS untuk suku pertama 2022 diramalkan untuk mengalami penyusutan yang ketara ekoran impak terhadap faktor-faktor global yang mempengaruhi pasaran untuk permulaan dagangan awal tahun ini.

Indeks Perbelanjaan Peribadi Pengguna AS (Jumaat 8.30 Malam): Turut mempengaruhi inflasi AS, tinjauan terhadap indeks perbelanjaan individu di AS akan dipantau untuk isyarat awal kepada bank pusat dalam penetapan dasar monetari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat