6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (25-29 Oktober 2021)

1,146

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Iklim Perniagaan Jerman Tinjauan ifo (Isnin 4.00 Petang): Antara yang menjadi pengukur kesihatan ekonomi Eropah, data tinjauan ini akan diteliti dan akan menilai tahap keyakinan pelabur terhadap Jerman sebagai ekonomi terbesar di Eropah.

Data Inflasi Australia (Rabu 8.30 Pagi): Bacaan indeks harga pengguna Australia untuk suku ketiga akan menjadi perhatian pada minggu ini untuk pelabur menilai kadar inflasi negara tersebut yang sebelum ini berada dalam tekanan ekoran kesan pandemik yang berlarutan.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 10.00 Malam): Bank of Canada (BOC) dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.25% dan pelabur akan terus meneliti petunjuk bagi dasar monetari bank pusat di masa hadapan.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Eropah (Khamis 7.45 Petang): Mesyuarat terbaru oleh European Central Bank (ECB) kembali menjadi tumpuan pelabur, namun jangkaan pasaran berkemungkinan masih tidak berubah bahawa ECB akan terus mengekalkan dasar yang longgar dalam usaha menyokong pemulihan ekonomi Eropah.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Khamis 8.30 Malam): Bacaan awal pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat bagi suku ketiga bakal diterbitkan. Namun, mata wang US dolar berkemungkinan akan terjejas dengan jangkaan angka yang susut jauh lebih rendah berbanding suku sebelum ini.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Ekonomi Kanada diramalkan untuk mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik pada Ogos lalu selepas bacaan yang merosot telah dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat