6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (26-30 Julai 2021)

1,095

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Keyakinan Penggguna AS (Selasa 10.00 Malam): Bacaan yang menjadi petunjuk perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat (AS) ini dijangka sedikit menurun pada bulan Julai berkemungkinan terkesan oleh penularan semula virus Covid-19.

Data Inflasi Australia (Rabu 9.30 Pagi): Indeks harga pengguna Australia untuk bacaan bagi suku tahun kedua dijangka akan mencatatkan sedikit peningkatan berbanding bulan sebelumnya. Bacaan positif akan mendorong pandangan lebih optimis bank pusat dalam menetapkan dasar monetari.

Data Inflasi Kanada (Rabu 8.30 Malam): Kadar inflasi di Kanada untuk bacaan bulan Jun tidak dijangkakan untuk mencatat bacaan memberangsangkan. Namun, sekiranya angka yang diterbitkan meningkat lebih tinggi, akan memberikan lonjakan nilai buat dolar Kanada dalam pasaran.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Menjadi acara tumpuan utama pada minggu ini adalah keputusan mesyuarat FOMC dengan pelabur masih berteka-teki langkah yang akan diambil oleh Federal Reserve (Fed) dalam penetapan polisi mereka. US dolar bakal terima impak besar selepas data diterbitkan.

Data KDNK AS (Khamis 8.30 Malam): Selepas meningkat kepada 6.4% untuk suku pertama, pertumbuhan bagi Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku kedua Amerika Syarikat diunjur tinggi kepada 8.5%. Bacaan kali ini adalah bacaan awal untuk suku kedua yang akan memberi impak lebih besar berbanding bacaan kedua dan terakhir.

Data Inflasi Eropah (Khamis 5.00 Petang): Indeks harga pengguna untuk mengukur bacaan awal kadar inflasi tahunan di Eropah ini dijangka untuk meningkat kepada 2.0% berbanding 1.9% bacaan sebelumnya. Bacaan yang lemah akan menambahkan lagi tekanan bagi pergerakan mata wang Euro selepas bank pusat mengekalkan polisi yang longgar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat