6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (28 Jun – 2 Julai 2021)

1,017

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan China (Rabu 9.00 Pagi): Sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia, sektor ekonomi di China akan dipantau pelabur dalam menilai kesihatan ekonomi global. Bacaan terbaru data PMI untuk Jun masih dijangkakan untuk mencatat bacaan positif.

Data Inflasi Eropah (Rabu 5.00 Petang): Bacaan awal inflasi tahunan di Eropah dijangka untuk sedikit menyusut kepada 1.9% berbanding peningkatan 2.0% pada bacaan sebelumnya.

Data PMI Pembuatan Eropah (Khamis 4.00 Petang): Bacaan akhir bagi sektor pembuatan Eropah dijangka untuk mencatatkan bacaan tidak berubah pada 63.1 mata seperti bacaan yang diterbitkan sebelum ini.

Data PMI Pembuatan UK (Khamis 4.00 Petang): Turut menyusul bacaan akhir bagi sektor pembuatan di UK yang akan diterbitkan bersama pada sesi Eropah. Tiada perubahan pada angka bacaan dijangkakan.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Khamis 10.00 Malam): Data petunjuk ekonomi ini akan menjadi perhatian pelabur bagi menilai kesihatan ekonomi Amerika Syarikat. Bacaan menunjukkan trend positif untuk beberapa bulan kebelakangan.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Menjadi tumpuan utama pada minggu ini adalah laporan NFP AS dengan jangkaan pertambahan pekerjaan untuk meningkat kepada 700,000 bagi bulan Jun. Kadar pengangguran juga diramalkan untuk menurun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat