6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (8-12 November 2021)

1,139

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Sentimen Ekonomi Jerman Tinjauan ZEW (Selasa 6.00 Petang): Data tinjauan ekonomi Jerman akan memberi isyarat kesihatan semasa Eropah dengan angka bacaan masih diramalkan di paras positif walaupun berkemungkinan sedikit rendah berbanding bacaan sebelumnya.

Data Indeks Harga Pengeluar AS (Selasa 9.30 Malam): Turut memberi petunjuk untuk kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS), data PPI untuk bulan Oktober akan diberi tumpuan oleh pelabur dengan jangkaan kenaikan pada angka bacaan terbaru.

Data Inflasi AS (Rabu 9.30 Malam): Menjadi tumpuan bank pusat, data indeks harga pengguna AS yang mengukur kadar inflasi akan dinilai sama ada akan menyokong langkah pengetatan polisi yang diumumkan oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat minggu lalu.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Setelah kehilangan sekitar 138,000 pekerjaan pada bulan September, pertambahan pekerjaan di Australia diramalkan kembali pulih dengan jangkaan sekitar 50,000 pekerjaan bakal dicatatkan untuk Oktober. Namun, kadar pengangguran pula diunjur meningkat.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Khamis 3.00 Petang): Bacaan awal bagi pertumbuhan ekonomi UK untuk suku ketiga bakal memberi impak terhadap pergerakan mata wang Pound pada minggu ini apabila jangkaan angka bacaan yang lebih rendah.

Data Sentimen Pengguna AS (Jumaat 11.00 Malam): Bakal memacu pergerakan US dolar pada penghujung minggu, penilaian awal bagi sentimen pengguna di Amerika Syarikat akan menjadi acara tumpuan bagi penutup dagangan minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat