6 Berita Data Ekonomi Tumpuan Pasaran Minggu Ini (3-7 Mei 2021)

896

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Tinjauan PMI Pembuatan AS (Isnin 10.00 Malam): Sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dengan jangkaan ekonomi AS akan terus mengekalkan kadar pemulihan yang pantas. Angka bacaan dijangka sedikit meningkat kepada 65.0 daripada 64.7 sebelum ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Reserve Bank of Australia (RBA) bakal mengadakan mesyuarat polisi kali keempat tahun ini dengan jangkaan kadar faedah kekal tidak berubah. Kenyataan susulan oleh RBA akan diberi perhatian sebagai petunjuk polisi yang akan datang kepada para pelabur.

Laporan Data Pekerjaan New Zealand (Rabu 6.45 Pagi): Pertambahan pekerjaan bagi suku terakhir 2020 di New Zealand dijangka mencatatkan penurunan sementara kadar pengangguran kekal di paras 4.9%. Bacaan data yang lemah dan menjadi tumpuan bagi bank pusat ini akan memberi tekanan terhadap mata wang dolar New Zealand.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 7.00 Malam): Bank of England (BOE) masih dijangka untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan mengekalkan pembelian bon. Ekonomi UK dilihat menunjukkan perkembangan baik selepas mesyuarat terbaru pada Mac lalu dengan program vaksinasi yang dipergiatkan. Bank pusat juga dilihat belum terdorong untuk mengetatkan polisi semasa.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Setelah melonjak kepada 916,000 pada bulan sebelumnya, pertambahan pekerjaan AS untuk bulan April dijangka untuk terus meningkat kepada 975,000 malah tidak mustahil untuk angka mencapai 1 juta. Dengan jangkaan untuk penurunan kadar pengangguran juga dilihat akan menyokong pengukuhan US dolar dalam pasaran.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.300 Malam): Sektor buruh di Kanada dinilai positif selepas lonjakan ke paras 300,000 pada bulan Mac lalu mengatasi jangkaan penurunan. Kadar pengangguran juga susut dengan baik. Adakah bacaan laporan untuk bulan April turut memberikan petunjuk yang baik buat Kanada?

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat