6 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (13-17 Mei 2019)

1,265

Berikut adalah sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 4.30 Petang): Walaupun dilanda ketidaktentuan pada isu Brexit, namun sektor pekerjaan dilihat berada dalam keadaan baik. Data tumpuan adalah indeks purata pendapatan yang dijangka sedikit menurun. Kadar pengangguran pula dijangka kekal di paras 3.9% seperti bacaan sebelumnya.

Data Pertumbuhan GDP Jerman (Rabu 2.00 Petang): Jerman sebagai ekonomi terbesar pada zon Eropah dilihat terselamat daripada risiko kegawatan. Kadar pertumbuhan kekal mendatar untuk suku tahun terakhir 2018 selepas menyusut sebelumnya. Suku tahun pertama 2019 menyaksikan angka yang bertambah baik dengan kadar pertumbuhan pada 0.2%.

Data Inflasi Kanada (Rabu 8.30 Malam): Indeks harga pengguna yang mengukur kadar inflasi akan menjadi rujukan bank pusat terhadap keputusan kenaikan kadar. Kadar inflasi di Kanada kekal di paras 0.7% pada bacaan sebelum ini dan merupakan antara catatan paras yang tinggi.

Data Jualan Runcit Amerika Syarikat (Rabu 8.30 Malam): Kadar jualan runcit pada bulan Mac mencatatkan bacaan yang memberangsangkan namun dijangka akan sedikit menurun pada bacaan April. Laporan bacaan yang kukuh pada kali ini akan mengurangkan peluang untuk penurunan kadar faedah oleh FED.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Pasaran buruh di Australia masih menunjukkan perkembangan yang baik berbanding sektor yang lain. Pertambahan pekerjaan pada bulan April dijangka akan sedikit rendah berbanding Mac lalu, sementara kadar pengangguran diramalkan kekal di paras 0.5%.

Tinjauan Keyakinan Pengguna Amerika Syarikat (Jumaat 10.00 Malam): Tinjauan yang dijalankan oleh Universiti Michigan mengumpul maklumat berkenaan pengguna di Amerika Syarikat untuk mengukur kadar perbelanjaan dan aktiviti ekonomi dalam negara. Peratusan angka tinjauan untuk bulan April dijangka akan sedikit meningkat berbanding bacaan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat