6 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (16-20 November 2020)

1,296

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan sepanjang minggu ini.

Data Pengeluaran Perindustrian China (Isnin 10.00 Pagi): Pengeluaran perindustrian China akan menjadi tumpuan pada bacaan terbaru minggu ini bagi pelabur menilai ekonomi kedua terbesar dunia itu. Turut diterbitkan bersama adalah data jualan runcit serta kadar pengangguran.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia (Selasa 8.30 Pagi): Reserve Bank of Australia (RBA) telah menurunkan kadar faedah ke paras terendah terbaru kepada 0.10% selepas mengekalkan kadar faedah di paras 0.25% sejak Mac lalu. Butiran lanjut pada minit mesyuarat akan diteliti oleh pelabur bagi mendapatkan isyarat polisi bank pusat selanjutnya.

Data Jualan Runcit AS (Selasa 9.30 Malam): Dengan penularan pandemik yang semakin meningkat di Amerika Syarikat berkemungkinan memberi kesan terhadap perbelanjaan pengguna. Kadar jualan pada bulan Oktober dijangka menurun.

Data Inflasi UK (Rabu 3.00 Petang): Kadar inflasi tahunan UK dijangka tidak berubah di paras 0.5% selepas meningkat dari bacaan sebelumnya.

Data Inflasi Kanada (Rabu 9.30 Malam): Kadar inflasi di Kanada kekal berada di paras terendah berikutan terkesan oleh keadaan ekonomi yang perlahan. Pelabur akan menantikan kadar inflasi pada bacaan terbaru.

Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Sektor pekerjaan Australia mula menunjukkan prestasi buruk apabila ekonomi kembali kehilangan 29,500 pekerjaan pada September. Pekerjaan pada Oktober juga dijangka mencatatkan bacaan kurang baik.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat