6 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (24-28 Ogos 2020)

1,006

Berikut merupakan sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data GDP Jerman (Selasa 2.00 Petang): Bacaan akhir untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jerman bagi suku kedua dijangka kekal seperti bacaan awal dengan catatan penguncupan yang ketara sehingga -10.1%.

Data Keyakinan Pengguna AS (Selasa 10.00 Malam): Data tinjauan ini mengukur tahap perbelanjaan pengguna bagi menilai perkembangan ekonomi semasa Amerika Syarikat. Bacaan terbaru dijangkakan mencatatkan sedikit peningkatan.

Data Pesanan Barangan Tahan Lama AS (Rabu 8.30 Malam): Dengan jangkaan pengeluaran yang semakin perlahan, bacaan data diramalkan susut untuk bulan Julai berbanding bulan sebelumnya pada data yang telah dikemaskini.

Data GDP AS (Khamis 8.30 Malam): Membimbangkan para pelabur berikutan ekonomi Amerika Syarikat semakin dilanda risiko penularan Coronavirus untuk gelombang terbaru. Pertumbuhan ekonomi untuk suku kedua catat bacaan merosot sehingga merudum kepada -32%. Bacaan kedua dijangkakan tidak banyak berubah.

Data Tuntutan Faedah Pengangguran AS (Khamis 8.30 Malam): Pasaran akan turut menantikan bacaan terbaru bagi tuntutan faedah pengangguran AS selepas bacaan minggu lalu kembali semula ke atas paras 1 juta selepas turun bawah paras tersebut pada minggu sebelumnya.

Data GDP Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Pertumbuhan ekonomi Kanada dengan bacaan GDP bulanan bagi Jun diramalkan meningkat kepada 5.2% berbanding 4.5% bulan sebelumnya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat