6 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (30 Dis – 3 Jan 2020)

582

Berikut merupakan sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Jualan Rumah Amerika Syarikat (Isnin 11.00 Malam): Data yang menunjukkan prestasi sektor perumahan di Amerika Syarikat ini menurun pada bacaan Oktober lalu kepada -1.7%. Pasaran menjangkakan bacaan pada November bakal meningkat semula.

Data PMI Pembuatan China (Selasa 9.00 Pagi): Bacaan data dijangka sedikit lemah berbanding bacaan bulan sebelum ini. Perkembangan perjanjian perdagangan antara China dan Amerika Syarikat turut mempengaruhi aktiviti ekonomi China. Perkembangan positif bakal membaikpulih bacaan selepas ini.

Data Keyakinan Pengguna Amerika Syarikat (Selasa 11.00 Malam): Tinjauan bagi perbelanjaan oleh pengguna akan memberi petunjuk terhadap kesihatan ekonomi semasa. Bacaan data bagi bulan Disember dijangka mencatatkan angka yang meningkat.

Data PMI Pembuatan China Tinjauan Caixin (Khamis 9.45 Pagi): Data yang memberi isyarat kesihatan ekonomi China ini adalah hasil tinjauan perniagaan-perniagaan di China. Angka bacaan dijangka akan terus berada di atas paras 50.0 untuk bulan keempat berturut-turut memberi petunjuk ekonomi masih berada dalam keadaan baik.

Bacaan Akhir PMI Pembuatan UK (Khamis 5.30 Petang): Jika bacaan pada kali ini kekal berada di bawah paras 50.0, ini menunjukkan penguncupan dalam sektor perkilangan UK untuk 8 bulan berturut-turut. Kebimbangan isu Brexit menjadi faktor utama mempengaruhi bacaan data.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Jumaat 11.00 Malam): Menuju penghujung tahun 2019, tinjauan PMI pembuatan di Amerika Syarikat dilihat terus lemah dengan penguncupan pada 4 bulan terakhir ini. Ini adalah disebabkan oleh ketidaktentuan pada rundingan dagang bersama China sebelum ini yang turut mempengaruhi data-data ekonomi semasa.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat