6 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (30 Nov – 4 Dis 2020)

1,081

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan China (Isnin 9.00 Pagi): Kedua-dua bacaan data untuk pembuatan dan perkhidmatan di China mencatatkan angka yang meningkat untuk bulan November memberi isyarat aktiviti ekonomi sedang dalam prestasi yang baik.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 11.30 Pagi): Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka akan mengekalkan kadar faedah pada 0.10% selepas menurunkan ke paras terendah tersebut pada mesyuarat sebelum ini. Pelabur akan meneliti kenyataan susulan berkenaan polisi bank pusat selanjutnya.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Selasa 11.00 Malam): Sektor pembuatan di Amerika Syarikat kekal menunjukkan prestasi baik walaupun ekonomi terbesar di dunia itu sedang berdepan risiko penularan pandemik. Bacaan terbaru dijangka tidak banyak berubah selepas bacaan sebelum ini mencatatkan pengembangan ke paras tertinggi sejak Disember 2018.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar Australia (Rabu 8.30 Pagi): Pertumbuhan KDNK bagi suku ketiga di Australia diramalkan kembali meningkat selepas mencatatkan kejatuhan sehingga -7.0% pada suku sebelumnya yang telah mendorong bank pusat terus meningkatkan pelonggaran polisi.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 9.30 Malam): Menjadi data tumpuan pada minggu pertama setiap bulan, data pekerjaan NFP AS akan memberikan gambaran sektor buruh yang memberi impak ketara pada pasaran kewangan. Bilangan pekerjaan untuk bulan November dijangka sedikit susut.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Turut diterbitkan bersama data NFP adalah laporan pekerjaan di Kanada. Setelah mencatatkan pertambahan pekerjaan ketara pada Jun lalu, angka bacaan mula menunjukkan corak menurun sehingga penghujung tahun.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat