6 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (6-10 April 2020)

4,363

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Dasar Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Pada bulan lalu, Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengurangkan kadar faedah sehingga ke paras terendah 0.25% pada mesyuarat terakhir di luar jadual mesyuarat polisi yang memberi reaksi terhadap krisis COVID-19 yang menjejaskan ekonomi. Bank pusat dijangka akan mengekalkan kadar untuk mesyuarat terbaru.

Data Pertumbuhan GDP UK (Khamis 2.00 Petang): Data bulanan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di UK mencatatkan bacaan sifar pada Januari yang menggambarkan ekonomi statik. Jangkaan untuk bulan Februari akan meningkat kepada 0.1%.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Eropah (Khamis 7.30 Malam): Pada mesyuarat terbaru, European Central Bank (ECB) memutuskan untuk tidak mengikuti jejak bank pusat utama yang lain untuk menurunkan kadar sebaliknya terus mengekalkan kadar di paras 0.00%. Bank pusat juga telah meningkatkan program pembelian aset bernilai €120 bilion Euro.

Data Pekerjaan Kanada (Khamis 8.30 Malam): Walaupun dijangka menurun, namun pertambahan pekerjaan di Kanada mencatatkan peningkatan 30,300 pekerjaan pada bulan Februari. Dengan peningkatan penularan wabak COVID-19 dijangka menjejaskan sektor pekerjaan dan mempengaruhi laporan data pekerjaan yang terbaru.

Data Tuntutan Pengangguran AS (Khamis 8.30 Malam): Data ini menjadi data tumpuan sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan bacaan data yang melonjak dengan mendadak sehingga 6.6 juta menunjukkan kesan buruk terhadap sektor pekerjaan di Amerika Syarikat disebabkan penularan COVID-19.

Data Inflasi AS (Jumaat 8.30 Malam): Inflasi pengguna di Amerika Syarikat kekal rendah dan dijangka akan terus mengalami penurunan ekoran impak virus pandemik. Bacaan data bulanan terbaru dijangka turun sehingga ke paras -0.3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat