6 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (7-11 September 2020)

891

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pengeluaran Perindustrian Jerman (Isnin 2.00 Petang): Selepas mencatatkan bacaan angka yang meningkat sejak 2 bulan, bacaan terbaru untuk bulan Julai pula dijangka akan mula mencatatkan penurunan untuk pengeluaran industri di Jerman sebagai ekonomi terbesar di Eropah.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 10.00 Malam): Pada mesyuarat Julai lalu, Bank of Canada (BOC) seperti dijangkakan telah mengekalkan kadar faedah di paras terendah pada 0.25%. Kadar tersebut turut dijangka dikekalkan pada keputusan terbaru. Perubahan polisi oleh penggubal dasar akan diteliti berikutan ketidaktentuan unjuran yang berdasarkan perkembangan pandemik serta pemulihan ekonomi Kanada.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Eropah (Khamis 7.45 Malam): European Central Bank (ECB) terus dijangka akan mengekalkan kadar faedah di paras sifar. Namun, pelonggaran polisi yang terus dilanjutkan akan memberi kesan penyusutan terhadap matawang Euro.

Data Tuntutan Faedah Pengangguran AS (8.30 Malam): Memberikan perkembangan positif terhadap bacaan kadar tuntutan terbaru di AS minggu lalu apabila angka mula turun di bawah paras 1 juta. Bacaan terbaru diramalkan sekitar 838,000 tuntutan.

Data Pertumbuhan GDP UK (Jumaat 2.00 Petang): Pertumbuhan ekonomi UK berdasarkan bacaan data bulanan GDP diramalkan menurun berikutan kesukaran ekonomi berdepan penularan gelombang terbaru pandemik. Pertumbuhan ekonomi dijangka kembali menurun selepas melonjak pada bacaan sebelumnya.

Data Inflasi AS (Jumaat 8.30 Malam): Bacaan inflasi bulanan di Amerika Syarikat untuk Ogos bakal menurun berikutan ekonomi AS masih lagi bergelut dalam fasa pemulihan yang menyebabkan kadar perbelanjaan pengguna perlahan.

 

Anda mungkin juga berminat