6 Berita Forex Tumpuan Pasaran Minggu Ini (28 Sep – 2 Okt 2020)

1,132

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan China (Rabu 9.00 Pagi): Perkembangan sektor ekonomi di China akan memberi petunjuk awal terhadap pemulihan bagi ekonomi kedua terbesar dunia itu yang akan turut mempengaruhi sentimen pasaran global.

Data GDP UK (Rabu 2.00 Petang): Pelabur akan meneliti bacaan akhir bagi pertumbuhan ekonomi UK setelah data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua telah mencatatkan penyusutan terbesar.

Data GDP AS (Rabu 8.30 Malam): Penurunan pertumbuhan GDP Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua sehingga -31.7% telah memberi tekanan terhadap pemulihan ekonomi terbesar dunia itu. Bacaan akhir GDP dijangka kekal tidak berubah.

Data Tuntutan Pengangguran AS (Khamis 8.30 Malam): Walaupun kadar tuntutan faedah pengangguran di AS semakin menunjukkan penurunan berbanding sebelum ini, namun bacaan angka dilihat masih lagi di paras agak tinggi. Peningkatan semula angka tuntutan akan terus memberi tekanan buat dagangan US dolar.

Data PMI Pembuatan Tinjauan ISM (Khamis 10.00 Malam): Bacaan angka PMI tinjauan ISM bagi sektor pembuatan telah meningkat di atas paras 50 untuk tiga bulan berturut-turut dan bacaan angka juga menunjukkan trend menaik. Trend yang berterusan akan memberikan harapan terhadap pemulihan ekonomi.

Laporan Data Pekerjaan NFP (Jumaat 8.30 Malam): Menggegarkan dagangan di awal Oktober adalah data tumpuan utama ini di mana jangkaan pertambahan pekerjaan di AS untuk bulan September bakal menurun. Namun, kadar pengangguran dijangka akan menurun menyusuli penurunan pada bulan sebelum ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat