6 Idea Bagaimana Mahasiswa Dapat Hasilkan Income Secara Digital

999

Baru-baru ini keputusan matrikulasi bagi lepasan SPM baru saja dikeluarkan dan kini para pelajar telah menempuh pengajian selama seminggu. Tidak lama lagi pula, kemasaukan universiti awam, politeknik dan institusi lain. Sempena kemasukan mahasiswa baru, Team Moshed akan kongsikan 7 idea untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan digital khususnya mahasiswa,

Entry ini akan lebih menumpukan pada idea manakala konsep idea lebih terperinci akan diceritakan pada entry post yang lain.

1. Meniaga produk online.

Ini telah biasa orang buat, tetapi meniaga produk adalah antara cara paling cepat untuk hasilkan income. Ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum meniaga produk, pertama niche mikro dan niche makro. Fokus kita pada niche mikro, untuk mudah urusan COD.

Ramai yang stuck dekat produk. Produk ini bukan masalah utama. Yang penting ialah pasaran yang anda dapat capai. Lihat market anda. Produk manakah yang mendapat permintaan di pengajian anda, kelab-kelab yang anda serta, penginapan anda dll.

Kedua , tumpu pada produk yang dapat menyelesaikan masalah pasaran anda. Ketiga, adalah lebih baik untuk bermula sebagai dropshipper bagi test market. Dropship tidak menghasilkan banyak untung tetapi setidak-tidaknya anda dapat test market dan kumpul database, selain dapat meminimakan kerugian.

Gunakan segala sosial media yang ada untuk anda pasarkan produk. Kita akan kongsi teknik -teknik berniaga untuk mahasiswa yang praktikal nanti. Stay tuned.

Di sudut makro, anda boleh cuba pasarkan di pasaran secara massa baik di dalam negara mahupun luar negara.

2. Mengajar/Tution

Tution secara digital? Trend sekarang memang banyak tumpu pengajaran secara digital tetapi untuk sesetengah orang sukar untuk dilakukan. Bukan disebabkan masalah peralatan. Masalah utama ialah penerimaan. Berbeza jika anda telah mempunyai nama, sama ada di sosmed atau secara nyata. Tambah-tambah anda terkenal dengan ilmu yang ingin diajar maka tidak mengapa.

Jika tidak, buat secara kecil-kecilan dengan bayaran yang percuma dahulu. Kemudian dapatkan feedback dan gain market secara local. Barulah anda mula lakukan secara digital dan jualkan perkhidmatan anda.

Selain buat sendiri, anda boleh tawarkan diri anda untuk mengajar secara online di platform-platform yang menyediakan ruang tersebut.

3. Jual e-book

Perkara yang paling mudah untuk memanfaatkan kerajinan anda kepada penjanaan income ialah dengan menghasilkan e-book. Anda boleh gunakan kekreatifan anda dengan mencatat nota-nota kuliah, membuat nota tambahan. Kemudian dapatkan perkhidmatan orang lain untuk design dan tukarkan kepada e-book. Jika anda di matrikulasi, ia lebih mudah, kerana silibus pengajian yang digunakan semuanya sama.

Itu hanya contoh asas, anda boleh fikirkan contoh lain tetapi pastikan ia sesuai dengan pasaran anda, agar mudah dijual.

4 Freelance

Jual ebook dan freelance antara idea bisnes yang hampir zero-cost. Bagi mahasiswa universiti, anda boleh manfaatkan kemahiran yang anda ada untuk jadi freelance.

Kini telah banyak platform menyediakan ruang tersebut untuk Freelance. Anda boleh ambil projek dari dalam negara mahupun luar negara. Antara kerja-kerja Freelance yang selalu ditawarkan ialah, designer, content writer, buat website dll.

5. YouTuber

Dengan kemaraan penerimaan informasi melalui digital, ramai mahasiswa yang mengambil keuntungan daripada perkara tersebut. Antaranya menjadi Youtuber.

Sebagai mahasiswa atau penyambung legasi bangsa, anda sebaik-baiknya memanfaat konten-konten yang berfaedah dan menyumbangkan kepada nilai masyarakat.

Modal yang diperlukan sebagai permulaan kamera/kamera telefon dan komputer yang mampu untuk edit video. Jika indoor anda perlukan lightning. Anda boleh monetize channel youtube anda melalui pengiklanan, google adsense dan sebagainya.

6. Blogger

Jika anda suka berkongsi dan mahir menulis. Anda boleh manfaatkan hobi blogging anda kepada penjanaan income. Ada banyak cara monetize blog, seperti ikut Pay-Per-Click (PPC), pasang iklan, atau menjual produk dari blog.

7. E-Sukan

Sebagaimana kita tahu, dunia sukan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-sukan saban tahun mula mendapat pengikhtirafan di kebanyakkan negara. Di Malaysia sendiri, dunia e-sukan menjadi industri baharu negara.

Majoriti generasi muda menjadikan ia sebagai satu gaya hidup, namun atas dorongan ekonomi, e-sukan mula dibangunkan sebagai industri ekonomi digital. E-sukan juga menjadi sumber ekonomi baru kepada individu yang meminati permainan video secara positif.

Apa yang perlu anda tahu, untuk menghasilkan wang melalui e-sukan memerlukan skill yang tinggi kerana persaingan yang sengit. Maka, kami cadangkan anda boleh manfaatkan minat esukan ini dengan menjadi penganjur pertandingan peringkat kolej atau menggunakan minat e-sukan anda dengan berblogging atau menjadi streamer. Anda juga boleh menjual perkhidmatan permainan anda kerpada orang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat