6 Pair Mata wang Kegemaran Trader!

4,299

Selama bertahun-tahun trade forex, pasti ada satu atau dua pair mata wang yang jadi ‘favourite’ kan?

Dekat sini, team INTRADAY nak share beberapa pair mata wang yang sering menjadi kegemaran trader dan sebab ia dijadikan pilihan.

1.EUR/USD (Euro/US Dollar)

    • Pair paling popular & aktif didagangkan dalam pasaran forex sebab kecairan tinggi, memudahkan short-term trader untuk beli dan jualnya dengan cepat.
    • Kedua-dua mata wang ini paling stabil di dunia.
    • Jadi pilihan trader yang guna analisis fundamental apabila data ekonomi dikeluarkan dari Amerika Syarikat dan Zon Eropah.
    • Cenderung ikut corak analisis teknikal, jadikannya menarik kepada trader yang guna teknik tersebut sebagai strategi dagangan.

2. USD/JPY (US Dollar/Yen)

    • Pair kedua kecairan paling tinggi lepas EUR/USD.
    • Punya kolerasi negatif kuat dengan aset safe-haven, sebabkannya jadi pilihan untuk trader yang ingin berlindung daripada risiko.
    • Jadi pilihan trader yang guna analisis fundamental apabila data ekonomi dikeluarkan dari AS dan Jepun.
    • Cenderung ikut corak analisis teknikal.

3. GBP/USD (Pound/US Dollar)

    • Salah satu pair kecairan paling tinggi.
    • Volatiliti tinggi, menawarkan trader peluang untuk dapat untung besar. Tapi volatiliti tinggi bermaksud risiko juga tinggi.
    • Punya kolerasi positif kuat dengan aset berisiko lain, seperti pasaran saham. Bila risiko tinggi, pair ini cenderung meningkat, atau sebaliknya.
    • Jadi pilihan trader yang guna analisis fundamental apabila data ekonomi dikeluarkan dari AS dan UK.
    • Cenderung ikut corak analisis teknikal dan boleh diramal berbanding pair mata wang lain.

4. XAU/USD (Emas/US Dollar)

    • Emas dianggap sebagai aset safe-haven, pelabur cenderung beli emas semasa ekonomi atau politik tak menentu.
    • Lindung nilai terhadap inflasi, kerana harganya cenderung meningkat apabila inflasi tinggi.
    • Cenderung ikut corak analisis teknikal.
    • Emas pilihan pelabur jangka panjang.

5. GBP/JPY (Pound/Yen)

    • Pilihan trader yang minat cross trade.
    • Terkenal dengan volatiliti yang tinggi, menawarkan trader peluang untuk dapat untung besar. Tapi volatiliti tinggi bermaksud risiko juga tinggi.
    • Punya kolerasi positif kuat dengan aset berisiko lain, seperti pasaran saham.
    • Cenderung ikut corak analisis teknikal dan boleh diramal berbanding pair mata wang lain.

6. EUR/JPY (Euro/Yen)

    • Mempunyai kecairan yang agak tinggi.
    • Punya kolerasi positif kuat dengan aset berisiko lain, seperti pasaran saham.
    • Jadi pilihan trader yang guna analisis fundamental apabila data ekonomi dikeluarkan dari Zon Eropah dan Jepun.
    • Cenderung ikut corak analisis teknikal.

Walau bagaimanapun, seperti mana-mana pasangan mata wang lain, perdagangan dalam pair di atas membawa risiko tertentu dan trader masih perlu berhati-hati dalam membuat sebarang dagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat