6,000 Kedai Runcit Bakal Menerima Matawang Crypto Di Korea Selatan

332

Bithumb yang merupakan salah platform terbesar matawang crypto di Korea Selatan sedang dalam proses menjalankan kerjasama dengan syarikat ‘Pay’ yang mengendalian perkhidmatan pembayaran dalam telefon bimbit.

Jika hal ini berjalan lancar, pengguna dapat menggunakan matawang crypto dan menggunakannnya di 6,000 cawangan yang beredar dalam negara. Bithumb melaporkan dalam akhbar Korea Times, bahawa syarikat mereka telah mengambil langkah awal dan sangat optimis dengan hal ini.

Perjanjian ini diadakan pada hari Isnin dan melibatkan 200 individu, termasuk beberapa syarikat francais yang akan menggunakan perhidmatan itu di seluruh 6000 cawangan kedai. Antara syarikat berjenama yang terlibat adalah ‘Sulbing’, ‘Café Droptop’ dan syarikat lilin iaitu ‘Yankee Candle’.

Bithumb dan ‘Pays’ merencankan untuk memperkembangkan perkhidamatan mereka sehingga 8,000 cawangan kedai sebelum akhir 2018. Menurut Bithumb, tindakan ini sebagai satu strategi untuk menggalakan penerima matawang crypto dalam kalangan masyarakat.

Hal ini juga menunjukkan, pandagan rakyat Korea Selatan terhadap matawang crypto semakin berkembang berbanding tahun lepas dan banyak matawang crypto yang telah mengecapi keuntungan melebihi 50%. Tindakan ini merupakan langkah awal kearah penerimaan crypto secara keseluruhan dalam ekonomi Korea Selatan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat