7 Bandar Mesra Matawang Crypto Yang Sesuai Untuk Pelabur

595

Di sini terdapat 7 jenis bandar yang memayungi penggunaan matawang crypto dalam ekosistem kewangan mereka.

1. Cheyenne

Sebelum ini Wyoming merupakan daerah yang dipenuhi dengan banyak LLP (Perkongsian Liabiliti Terhad) dan menjadi penaraju kepada kawasan-kawasan lain. Pada ketika ini, Wyoming mahu mentranformasikan bandar tersebut kepada bandar crypto di US. Sekarang mereka tengah berusaha untuk mendapatkan pengecualian cukai bagi matawang crypto. Jika ia berjaya, Wyoming akan menjadi gold rush kedua.

2. Hong Kong

Hong Kong merupakan hub untuk ICO. Beberapa penubuhan ICO telah bertapak di Hong Kong seperti AirSwap dimana telah berjaya menjana sebanyak $36 juta dan Gatcoin sebanyak $14.5 juta. Dengan pengharaman ICO oleh China, banyak syarikat telah berpindah ke Hong Kong. Buat masa ini belum ada undang-undang khusus berkenaan ICO dan kebanyakkan pegawai Hong Kong mendukung matawang crypto ICO.

3. Singapura

Singapura dinobatkan sebagai salah satu bandar pintar dunia berdasarkan kajian Juniper, maka matawang crypto sangat selari dengan hasrat negara. Banyak syarikat ICO yang kini telah beroperasi di Singapura.

4. Nashville

Gabenor Bill Haslam telah mentandatangi sebuah petisyen undang-undang bagi membenarkan dan mengikhtiraf Blockchain dan smart contract.

Kelulusan undang-undang telah mendorong penggunaan blockchain dalam perekodan perundangan, hartanah, penjagaan kesihatan dan kolej.

5. Pheonix

Arizona mempunyai dua rang undang-undang berkenaan matawang crypto. Satu yang mengikhtiraf matawang crypto sebagai matawang berbanding dengan komoditi dan rang undang-undang monumental yang mencadangkan pembayaran cukai dengan menggunakan matawang crypto bitcoin.

6. Amsterdam

Amsterdam merupakan hub bagi crypto dan blockchain startup. Bandar ini juga merupakan pusat bagi Bitcoin Embassy, dimana pengkaji-pengkaji dan peminat crypto untuk membincangkan segala perkara tentang crypto dan bitcoin. Amsterdam juga merbitkan sebuah film Bitcoin yang akan ditayangkan nanti sebahagiannya.

7. Zug, Switzerland


Zug telah dikenali sebagai “Crypto Valley.” Switzerland sendiri telah lama dianggap sebagai pro-perniagaan dan mesra cukai kerana cukai yang rendah terhadap individu dan syarikat asing, jadi tidak menghairankan bahawa bandar kecil Zug yang kecil 30,000 telah muncul sebagai salah satu bandar mesra crypto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat