7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (14-18 Mac 2022)

731

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 3.00 petang): Pelabur akan meneliti sektor buruh di UK berdasarkan komponen data yang diterbitkan di awal minggu. Purata pendapatan diramalkan meningkat dan kadar pengangguran pula dijangka menurun.

Data Indeks Harga Pengeluar AS (Selasa 8.30 Malam): Bacaan data yang turut memberi petunjuk terhadap inflasi di Amerika Syarikat (AS) ini akan menjadi tumpuan dengan angka bacaan dijangka kekal untuk bulan Februari.

Data Jualan Runcit AS (Rabu 8.30 Malam): Berkemungkinan bakal memberi tekanan terhadap US dolar susulan penurunan terhadap angka ramalan bagi kadar jualan runcit AS untuk Februari sementara pelabur berwaspada menjelang keputusan mesyuarat bank pusat AS.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Federal Reserve (Fed) telah dijangkakan untuk meningkatkan kadar faedah pada mesyuarat polisi edisi Mac kali ini selepas memberi petunjuk yang lebih jelas kebelakangan ini. Keputusan mesyuarat bakal mempengaruhi pergerakan drastik harga khususnya pada mata wang US dolar.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Pelabur optimis terhadap ramalan bagi sektor pekerjaan di Australia untuk bulan Februari. Pertambahan pekerjaan dijangka untuk catatkan peningkatan lebih tinggi sementara kadar pengangguran diramalkan sedikit menurun.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 8.00 Malam): Turut menjadi tumpuan utama untuk kalendar pasaran minggu ini, Bank of England (BOE) dijangka untuk meningkatkan kadar faedah daripada 0.50% kepada 0.75%. Kenyataan susulan bank pusat terhadap dasar monetari akan diberi perhatian dan akan memacu pergerakan mata wang Pound.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Jumaat, Sesi Asia): Tumpuan di penghujung minggu, Bank of Japan (BOJ) dijangka untuk terus mengekalkan kadar faedah rendah tidak berubah di paras -0.10%. Namun, petunjuk yang diberikan oleh bank pusat terhadap dasar monetari selanjutnya bakal mempengaruhi dagangan Yen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat