7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (14-18 November 2022)

447

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat RBA (Selasa 8.30 Pagi): Pasaran bakal meneliti butiran lanjut minit selepas mesyuarat bank pusat Australia (RBA) yang dilihat semakin memperlahankan pengetatan dasar sebelum ini. Kenaikan kadar faedah mula diturunkan berbanding peningkatan agresif pada mesyuarat-mesyuarat terdahulu.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 3.00 Petang): Sektor buruh di UK bakal dipantau oleh bank pusat England (BOE) dalam penetapan dasar monetari seterusnya. Bacaan laporan yang suram dijangka akan menjejaskan rentak pengetatan dasar oleh BOE.

Data Indeks Harga Pengeluar AS (Selasa 9.30 Malam): Data PPI AS akan diberi tumpuan pelabur yang boleh menjadi isyarat awal kepada perbelanjaan pengguna. Bacaan untuk bulan Oktober diramalkan sedikit meningkat berbandig bulan sebelumnya.

Data Inflasi UK (Rabu 3.00 Petang): Terus menjadi kebimbangan di UK, kadar inflasi kekal berada di paras tertinggi 40 tahun. Ramalan terhadap inflasi yang bakal meningkat lebih tinggi pada Oktober akan terus membebankan bank pusat dalam penetapan dasar monetari.

Data Inflasi Kanada (Rabu 9.30 Malam): Bank pusat Kanada (BOC) turut dilihat mula memperlahankan pengetatan dasarnya sebelum ini, namun keputusan mungkin berbeza dengan jangkaan kadar inflasi untuk bulan Oktober yang melonjak.

Data Jualan Runcit AS (Rabu 9.30 Malam): Kadar jualan di Amerika diramalkan bertumbuh dengan baik pada Oktober meskipun kadar inflasi pada bacaan data yang diterbitkan minggu lalu menunjukkan penurunan. Bacaan yang meningkat akan menyokong peningkatan nilai US dolar.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Pertambahan pekerjaan di Australia pada Oktober diramalkan sedikit tinggi berbanding September. Namun, apa yang bakal menambah tekanan terhadap RBA untuk penetapan dasar adalah jangkaan kadar pengangguran untuk terus meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat