7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (22-26 Ogos 2022)

892

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Selasa 4.00 Petang): Menuju ke mingu akhir penghujung bulan, data sektor ekonomi akan menjadi tumpuan untuk dinilai pelabur. Bacaan data sektor ekonomi Jerman bakal diberi perhatian dengan ramalan angka yang masih suram ekoran pelbagai tekanan yang masih menghimpit Eropah.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Selasa 4.30 Petang): Seterusnya, menyusul pula terbitan data sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK yang turut dijangka suram, namun masih berada di atas paras yang stabil.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Selasa 9.45 Malam): Sektor pembuatan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat dijangka mencatatkan pemulihan untuk memberi isyarat pengembangan positif ekonomi selepas data-data utama yang diterbitkan sebelum ini juga memberangsangkan.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Eropah (Khamis 7.30 Malam): Pelabur bakal meneliti butiran lanjut mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) pada minit yang diterbitkan untuk menilai petunjuk terhadap penetapan dasar monetari yang terbaru.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Khamis 8.30 Malam): Bacaan kedua untuk data pertumbuhan ekonomi AS bagi suku kedua akan menjadi perhatian pasaran untuk penilaian bagi sebarang perubahan pada angka bacaan terdahulu.

Simposium Jackson Hole (Jumaat): Acara tumpuan tahunan kembali lagi menghiasi kalendar ekonomi pada Ogos. Simposium Jackson Hole bakal dihadiri oleh individu-individu penting dalam dunia kewangan global, melibatkan gabenor, menteri kewangan, pegawai-pegawai bank pusat dan lain-lain dan topik yang dibincangkan akan dipantau pasaran.

Indeks Perbelanjaan Peribadi Pengguna AS (Jumaat 8.30 Malam): Memberi petunjuk pada kadar inflasi, data yang mengukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat ini akan diteliti. Setelah data indeks harga pengguna menurun, bacaan data ini juga dijangka untuk turut susut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat