7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (5-9 April 2021)

727

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Isnin 10.00 Malam): Sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat dilihat menunjukkan pertumbuhan yang baik. Bacaan bagi bulan Mac dijangka untuk meningkat kepada 58.3 mata berbanding 55.3 pada Februari.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.10% dan kenyataan terbaru oleh Gabenor akan menjadi petunjuk buat pelabur untuk polisi bank pusat di masa hadapan.

Data PMI Perkhidmatan Eropah (Rabu 4.00 Petang): Bacaan akhir PMI perkhidmatan dijangka tidak berubah berbanding bacaan sebelum ini. Sektor perkhidmatan Eropah dilihat semakin menunjukkan peningkatan selepas jatuh di bawah paras 50.0 sejak Oktober tahun lalu.

Data PMI Perkhidmatan UK (Rabu 4.30 Petang): Sektor perkhidmatan UK telah menunjukkan perkembangan pada Mac, pertama kali sejak 5 bulan ke paras 56.8 mata. Bacaan akhir dijangka kekal tidak berubah.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Pelabur akan meneliti butiran lanjut pada minit selepas mesyuarat FOMC pada bulan Mac sama ada ahli mesyuarat memberi perhatian terhadap perubahan inflasi atau pasaran bon.

Data Inflasi China (Jumaat 9.30 Pagi): Perbelanjaan pengguna akan memberi isyarat awal pemulihan ekonomi. Indeks harga pengguna di China yang dijangka meningkat bakal memberi suntikan terhadap sentimen global pasaran.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Pertambahan pekerjaan di Kanada untuk bulan Mac dijangka menurun kepada 90,000 berbanding lonjakan 259,200 pada bulan sebelumnya. Sementara, kadar pengangguran pula dijangka menurun kepada 8.0% daripada 8.2%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat