7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (5-9 Disember 2022)

527

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Isnin 11.00 Malam): Tinjauan terhadap sektor pekhidmatan di Amerika akan dipantau pada awal minggu ini selepas tinjauan untuk sektor pembuatan diterbitkan minggu lalu menunjukkan penguncupan kali pertama dalam tempoh 2 tahun.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 11.30 Pagi): Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka akan meneruskan langkah memperlahankan kenaikan kadar faedahnya pada mesyuarat terbaru. Kadar dijangka dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.85% kepada 3.10%.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar Australia (Rabu 8.30 Pagi): Pertumbuhan ekonomi Australia untuk suku ketiga diramalkan menurun kepada 0.6% daripada 0.9% bacaan terdahulu. Penurunan ini akan turut mendorong bank pusat untuk memperlahankan lagi pengetatan dasar monetari.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 11.00 Malam): Bank of Canada (BOC) juga turut dijangkakan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 4.00%, menunjukkan langkah memperlahankan pengetatan dasar agresif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Data Inflasi China (Jumaat 9.30 Pagi): Sebagai ekonomi kedua terbesar dunia, bacaan data penting bagi China akan dipantau oleh pasaran. Kadar inflasi tahunan di China diramalkan menurun untuk bacaan terbaru.

Data Indeks Harga Pengeluar AS (Jumaat 9.30 Malam): Memberi isyarat kepada kadar inflasi, kenaikan harga barang dari pihak pengeluar akan turut mempengaruhi harga pengguna. Bacaan terbaru untuk bulan November akan dinilai.

Data Sentimen Keyakinan Pengguna AS (Jumaat 11.00 Malam): Tinjauan oleh Universiti Michigan akan memberi gambaran terhadap keyakinan kewangan di Amerika berdasarkan aktiviti perbelanjaan pengguna. Angka yang kukuh boleh memberi kesan positif terhadap pergerakan US dolar di penutup dagangan minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat