7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (14-18 Disember 2020)

863

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Jerman (Rabu 4.30 Petang): Laporan versi awal untuk mengukur ekonomi terbesar Eropah sama ada berkembang atau menguncup akan menjadi petunjuk buat pelabur. Jangkaan bacaan bagi bulan Disember mencatatkan angka yang baik.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan AS (Rabu 10.45 Malam): Walaupun Amerika Syarikat dilihat berdepan gelombang terbaru pandemik, namun sektor pembuatan dan perkhidmatan pamerkan aktiviti yang memberangsangkan sejak Ogos.

Mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 Pagi): Menjadi tumpuan pelabur, Federal Reserve (Fed) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras 0.25%. Namun, kenyataan susulan ahli mesyuarat dan gabenor akan memberi petunjuk terhadap polisi bank pusat di masa hadapan.

Laporan Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Pasaran akan menjangkakan ekonomi Australia bakal mencatatkan pertambahan pekerjaan yang lebih rendah untuk bulan November berbanding lonjakan pada bulan sebelumnya. Kadar pengangguran pula dijangka tidak berubah.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Switzerland (Khamis 4.30 Petang): Swiss National Bank (SNB) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras terendah -0.75% sementara kenyataan susulan bank pusat akan diberi tumpuan.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 8.00 Malam): Bank of England (BOE) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras 0.10% selepas bank pusat menurunkan ke paras terendah tersebut pada Mac lalu.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Jumaat): Bank of Japan (BOJ) masih dijangka untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah pada -0.10% dengan legasi Abenomics diteruskan oleh Perdana Menteri Jepun yang baru.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat