7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (14-18 Oktober 2019)

902

Berikut adalah sebahagian data-data penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Sentimen Ekonomi Jerman Tinjauan ZEW (Selasa 5.00 Petang): Data ini turut menjadi tumpuan para penggubal polisi. Selepas mengalami kemerosotan beberapa bulan sebelum ini, sentimen ekonomi mencatatkan bacaan mengejutkan pada September dengan angka yang meningkat. Namun, bacaan masih lagi di paras negatif dan dijangka bacaan Oktober adalah disekitar paras tersebut.

Data Inflasi UK (Rabu 4.30 Petang): Bank pusat England semakin melihat indeks harga pengguna menghampiri pasaran sasaran inflasi 2% untuk beberapa bulan terdekat ini. Namun bacaan inflasi tahunan menurun kepada 1.7% pada Ogos. Gabenor Mark Carney dan ahli jawatankuasa bakal mempertimbangkan tindakan kenaikan kadar faedah berdasarkan perkembangan positif Brexit jika data CPI terus menurun.

Data Inflasi Kanada (Rabu 8.30 Malam): Selepas mencatatkan kenaikan pada bacaan indeks harga pengguna pada Julai lalu, angka bacaan kembali menurun pada bacaan Ogos. Dan dijangka kadar inflasi untuk bacaan September juga turut rendah. Bacaan ini bakal mempengaruhi keputusan bank pusat Kanada dalam mesyuarat polisi monetari yang seterusnya.

Data Jualan Runcit AS (Rabu 8.30 Malam): Turut dikeluarkan bersama data inflasi Kanada, bacaan data bagi jualan runcit di Amerika Syarikat bakal diterbitkan. Kadar jualan runcit bagi bulan September dijangka sedikit menurun sementara bacaan teras pula dijangka sedikit meningkat.

Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Australia menikmati kenaikan pada peluang pekerjaan untuk beberapa bulan kebelakangan ini. Jangkaan pertambahan pekerjaan pada September turut meningkat dan kadar pengangguran kekal di paras 5.3%.

Data Jualan Runcit UK (Khamis 4.30 Petang): Kadar jualan runcit di UK dijangka masih mencatatkan bacaan yang lemah terkesan oleh isu Brexit yang terus menekan ekonomi Britain.

Data Pertumbuhan GDP China (Jumaat 10.00 Pagi): Negara ekonomi kedua terbesar dunia ini akan menerbitkan bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kurang dari tiga minggu selepas suku ketiga berakhir. Pertumbuhan tahunan negara perlahan kepada 6.2%, selari dengan prospek kerajaan. Penurunan di bawah paras 6% akan menimbulkan kegelisahan di seluruh dunia.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat