7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (15-19 Februari 2021)

1,298

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data KDNK Zon Eropah (Selasa 6.00 Petang): Bacaan kedua bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) zon Eropah untuk suku terakhir 2020 dijangka tiada perubahan dengan bacaan awal. Berikutan terkesan oleh krisis pandemik, ekonomi telah mencatatkan bacaan pertumbuhan yang merosot di penghujung tahun lalu.

Data Inflasi UK (Rabu 3.00 Petang): Kadar inflasi di UK mencatatkan kenaikan positif pada Disember lalu selepas meningkat kepada 0.6% daripada 0.3% bulan sebelumnya. Kadar inflasi pada Januari turut dijangka meningkat positif.

Data Jualan Runcit AS (Rabu 9.30 Malam): Pasaran akan menjangkakan lonjakan pada data jualan runcit di Amerika Syarikat untuk bulan Januari selepas bacaan merosot 2 bulan berturut-turut sebelumnya.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Pertambahan pekerjaan di Australia untuk Januari dijangka lebih rendah sekitar 30,000 berbanding 50,000 pada Disember. Ini akan menjadikan penurunan pada kadar pertambahan pekerjaan untuk 2 bulan berturut-turut. Manakala, kadar pengangguran pula dijangka menurun kepada 6.5% berbanding 6.6% sebelumnya.

Data Jualan Runcit UK (Jumaat 3.00 Petang): Kadar jualan runcit di UK pada Disember lalu yang telah kembali meningkat dijangka tidak akan bertahan lama dengan jangkaan bacaan data untuk Januari bakal susut semula.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Eropah (Jumaat 5.00 petang): Sektor pembuatan dijangka kekal berkembang dengan baik namun sektor perkhidmatan dilihat masih bergelut untuk mempamerkan angka bacaan yang memberangsangkan.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK (Jumaat 5.30 petang): Walaupun ekonomi terjejas akibat krisis pandemik, sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK dijangka akan mencatatkan bacaan lebih baik untuk Januari.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat