7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (22-26 Jun 2020)

1,388

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Eropah (Selasa 4.00 Petang): Bacaan data akan bermula untuk Perancis kemudian diikuti Jerman sebelum zon Eropah menyusul. Sektor perkhidmatan dan pembuatan di zon Eropah masih kekal menguncup namun menunjukkan peningkatan pada Mei. Bacaan awal untuk bulan Jun dijangka turut menunjukkan peningkatan.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK (Selasa 4.30 Petang): Sektor pembuatan di UK masih menguncup ekoran kilang-kilang ditutup dan menghadkan kapasiti operasi disebabkan pandemik. Sektor perkhidmatan lebih ketara menunjukkan penguncupan pada angka bacaan. Bacaan awal pada bulan Jun dijangka akan mencatatkan sedikit peningkatan.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan US (Selasa 9.45 Malam): Selepas beberapa bulan mencatatkan bacaan yang lemah, sektor pembuatan di US dijangka akan mencatatkan bacaan yang baik untuk bulan Jun dengan angka kembali ke paras 50. Sementara sektor perkhidmatan turut dijangka meningkat walaupun bacaan masih di bawah 50 yang menunjukkan penguncupan.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 10.00 Pagi): Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) masih mengekalkan kadar faedah di paras 0.25% pada mesyuarat Mei selepas membuat pemotongan terbesar ke paras terendah tersebut pada Mac lalu. Pelabur akan menantikan keputusan mesyuarat yang terbaru dan langkah-langkah terbaru bank pusat dalam berdepan krisis pandemik.

Iklim Perniagaan ifo Jerman (Rabu 4.00 Petang): Tinjauan perniagaan di Jerman akan memberikan gambaran terhadap aktiviti ekonomi semasa bagi ekonomi terbesar zon Eropah itu. Bacaan untuk bulan Jun dijangka mencatatkan peningkatan berbanding sebelumnya.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar US (Khamis 8.30 Malam): Pertumbuhan KDNK US untuk suku pertama 2020 akan menjadi tumpuan dengan pasaran menjangkakan akan berlaku penurunan ketara pada angka bacaan berikutan terkesan oleh penularan wabak COVID-19. Ini akan mempengaruhi dagangan US dolar pada minggu ini.

Data Tuntutan Pengangguran US (Khamis 8.30 Malam): Turut diterbitkan bersama, kadar tuntutan faedah pengangguran di US akan dipantau dengan jangkaan penurunan pada angka bacaan. Minggu lalu menyaksikan tiada perubahan ketara dengan bacaan masih sekitar 1.5 juta.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat